Assalam & good day guys! 😁


Pernah dengar atau pernah bayar online payment melalui Hoolah? 😎

Kalau tak pernah, meh sini aku nak share sikit pengalaman menggunakan Hoolah ni. Best weh! haha 😋

Hoolah tu apa?

Hoolah ni adalah sistem bayaran ansuran mudah sebanyak 3x untuk pembelian secara online. Ya, 3x ansuran jer dan tak lebih. Tak kiralah berapa harga barang yang korang beli. Kalau harga barang RM3000, Bayaran pertama (masa check out dari shopping cart), RM1000. Bayaran ansuran kedua RM1000 dan yang ketiga RM1000. Tanpa apa-apa caj. Tanpa interest kecuali, korang bayar lewat dari masa yang telah ditetapkan.

Ermm, menarik kan? 😀

Baru-baru ni aku try guna Hoolah, shopping dekat website Decathlon Malaysia. Pertama kali guna. Tercari-cari juga bagaimana cara nak guna, caj dsb.

Rupanya mudah saja guys. Aku yang tak pernah daftar apa-apa dengan Hoolah sebelum ni pun, boleh terus guna. 

Tapi ingat ya, tak semua website atau barang boleh bayar pakai Hoolah. Yang terpilih sahaja. Kalau ada logo Hoolah, seperti dalam gambar dibawah YES kita boleh bayar ansuran dengan Hoolah.



Cara Nak Bayar Melalui Hoolah

  • Masuk saja mana-mana website yang ada apply Hoolah pada item. Contoh, di website Decathlon.
  • Cari item yang ada logo Hoolah saja untuk pembayaran ansuran dengan Hoolah. Kalau yang tiada logo Hoolah tu, mintak maaf lah ye. Memang tak dapatla nak bayar ansur-ansur 😌


  • Add to cart mana-mana item yang ada logo Hoolah
  • Kemudian Checkout dan dibahagian Payment pilih Hoolah


  • Lepas tu klik Complete Order
  • Kemudian, akan pop-up website Hoolah untuk kita register account secara percuma



  • Seterusnya kita akan diminta memasukkan info kad debit/kredit untuk pembayaran ansuran kepada Hoolah sebanyak 3x. Untuk pembayaran pertama, duit kita dalam akaun akan terus dipotong sebanyak RM233 (mengikut pada harga barang yang aku pilih tadi) semasa check out order. 



  • Dah completed semua, bermakna korang dah berjaya beli barang dari Decathlon. Yang bestnya, Decathlon akan terus proses dan pos barang tau once korang dah buat bayaran pertama dengan Hoolah. Tak perlu tunggu sampai bayar habis pun, dah boleh dapat barang. Best kan? 😁
  • Untuk pembayaran kedua dan terakhir (ketiga), korang bole semak di web Hoolah atau nak mudah, korang download aplikasi Hoolah di Google Playstore jer.



Di aplikasi Hoolah ni, korang boleh semak baki bayaran dan jadual pembayaran seterusnya. Dont worry! 

Dan satu lagi, korang jangan lupa sediakan duit yang mencukupi ke dalam akaun kad debit korang ikut pada tarikh yang telah ditetapkan supaya senang Hooolah nak buat pemotongan. 

Selamat mencuba 😁 

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post