Salam Ramadhan guys. Good day! 😎

Hari ini aku nak share, bagaimana cara nak bayar "fees'" di eBay

Ya memang eBay ada fees yang perlu dibayar. 

Eh, ingatkan free? 😳

Tak tak, memang kena bayar jika korang ada jualan di eBay. Kalau takda jualan, takdelah fees yang perlu dibayar. Dont worry 😃

Okaylah, jom kita go through bagaimana cara nak bayar yuran dekat eBay.

Cara Nak Bayar Fees (Yuran) Di eBay

  • Login eBay dan klik pada My eBay


  • Kemudian klik Account



  • Lepas tu, klik Seller Account



  • Kemudian, lihat jumlah baki semasa yang perlu dibayar. Seperti dalam gambar dibawah


Macam contoh diatas, fees yang aku kena bayar pada eBay adalah MYR100.38

eBay akan bagi masa untuk setelkan semua bayaran. So korang nak bayar lump sum pun boleh, nak bayar sikit-sikit pun boleh. Janji tak overdue pada masa yang dah ditetapkan oleh eBay. 

  • Lepas tu korang scroll ke bawah, dan klik Make a one-time payment

  • Masukkan jumlah yang korang nak bayar (1) dan kemudian klik Continue (2)


  • Kemudian klik Make a onetime payment


  • Payment option tu, aku deduct dari Visa Debit jer. Pastikan korang dah aktifkan kad bank untuk pembayaran antarabangsa. Baca lanjut MSOS Code Maybank


  • Then selesai
Good luck ✌😁

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post