Assalam,

Last weekend, aku singgah PD lepas setel job di Melaka.

Macam biasa, cadang nak lepak pantai. Tapi tersinggah makan di Eddy Cowboy Style.

Pernah singgah?

Restoran ni terletak di jalan nak ke Bukit Batu Putih / Blue Lagoon. Kalau dari bandar PD, Eddy Comboy ni terletak di belah kiri jalan utama, iaitu Jalan Pantai :)


Aku singgah, sebab dari luar nampak menarik. Orang kata "Hipster"

So, aku try!

Restoran sangatla luas. Kemudahan Surau dan Toilet pun ada. Tengah-tengah restoran, ada band tengah santai menyanyikan lagu untuk korang.

Sedap ke tak didengar, bergantung pada telinga memasing haha


Memang unik dan banyakla barang-barang cowboy dalam restoran ni. Korang boleh bergambar.


Nak order dekat sini, 1st sekali kena pergi terus ke cashier. Order menu yang nak dimakan dan terus bayar. 

Self service. 


Kalau ada ramai member, yang lain boleh cari tempat nak duduk. Tempat luas, so pilih je belah mana yang nak lepak.


Yang order, boleh la stay 2-3 orang. Sebab nanti makanan semua kena amik sendiri. 

Pakai dulang besar. :p

Antara menu utama yang ada, tak banyak.

Hanya ada:

Makanan,

Nasi Kukus Ayam Panggang
Kailan Goreng, Kangkung Goreng
Telur Dadar

Minuman,

Jus Tembikai
Jus Oren
Teh Ais

Side Menu,

Bebola
Sosej

Orang kata kalau nak order lain, macam Nasi Goreng Pattaya ke, Nasi Goreng Kampung ke, Masak Lemak Cili Padi ke, memang takdelah ye.

Bagi aku yang suka makan goreng-goreng, memang takde pilihan sangatla. So kena hadap nasi kukus ayam panggang dia ahaha

Takpelah, janji kenyang!

Bila dah bayar tu, makanan kena amik dekat tempat dorang panggang ayam tu.

Tadaaaaa,


Busy betul mereka panggang ayam.


Nak amik makanan tu, tak tunggu lama pun. Servis mantap, cepat.

Siap!


Aku order;

2x Nasi Kukus Ayam Panggang RM6.5 x 2
Telur dadar RM2
Bebola RM1
Jus Tembikai RM2
Jus Oren RM2

Total: RM20

Close up sikit

Ayam Panggang.
Set Nasi Kukus Ayam Panggang

Sos ni bagi aku tak berapa sedapla sebab tak pedas. Manis-manis jer

Jus Oren & Tembikai. Rasa dia manis gula huhu
Overall bagi aku, 3 bintang.

Sebab,

Ayam Panggang dia, biasa jer takdelah sedap sangat. Lagipun masa amik menu tu, dah sejuk ayamnya. Maybe dah siap-siap masak, tu sebab cepat  >.<

Telur dadar pun sama, masa amik dia dah sediakan tempat telur dadar tu. Tapi terdedah lah.


Terdedah lepas tu sejuk hahhaa..

Aku harap owner restoran boleh ubah cara terdedah begini kepada makanan yang panas dan baru dimasak. Barula sedap dimakan :D

Takpelah, kiter try je kan?

Cowboy.

Memang sesuaila kot dengan namanya. Memang koboi habis :p

So sape nak try makan kat sini, korang waze je "Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy"

Atau ikut alamat berikut,

2755, Jalan Pantai, batu 9, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


Sekian!

Adios,
ASTraveller 2019

3 Comments

  1. average jela eyh 3 bintang. telur dadar kena makan panas2 baru feel. no no sejuk2 keras x gebu dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. makanan mestila kena panas2, baru ada feel haha

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post