Salam,

Petang ni aku nak share sikit pasal Restoran Murni ataupun dikenali sebagai Murni Discovery tu. Mesti ramai dah yang tau kan?


Sebelum ni, memang biasa try Restoran Murni dekat SS2, dengan Kelana Jaya punya branch. Normaly, makanan dia sedap. Then bulan puasa lepas, aku try bukak puasa dekat cawangan Shah Alam, seksyen 7. Mungkin sebab dah lama tak makan dekat Murni, kebetulan ada area Shah Alam, singgah la berbuka puasa dekat situ.

**** Aku bukan nak share pengalaman manis, tapi kali ni pengalaman amat pahit dekat Murni cawangan Sek7, Shah Alam****

Pssssttttt...Sape ada pengalaman pahit, leh arr share kt ruangan komen dibawah huhu

Masa aku pegi, time tu lepas maghrib. Order sebelum masuk isyak, dalam jam 8.30pm kalau tak silap.

Aku order,

1. Nasi Goreng Fish & Chip
2. Lamb Chop
3. Lavender Special
4. Air kosong

Tunggu la, makanan sampai. Normal la Murni, orang ramai tapi servis cepat. Tapi yang sedihnya, Murni cawangan Shah Alam ni, memang teruk servis dia. Bayang kan dari sebelum isyak aku order, sampai makanan lebih kurang jam 9.50pm. Punye la lapar.

Makanan sampai, time tu mmg menyirap je. Rasa nak cancel. Tapi member cakap makan jelah, sebab dah sampai.


Siap dalam pinggan ada tulis, "Sedap sangat ke?"

Meh ni aku nak jawab, Murni cawangan Shah Alam memang tak sedap. Langsung tak sedap huhu. Aku makan beberapa sudu je, lepas tu stop..

Dah la mahal nak mam.. huhu


Nah tu dia nasi goreng Fish & Chip RM17.80. Tunggu sejam lebih baru dapat, lepas tu tak sedap langsung.

Memang 1st & last la pegi yang dekat Shah Alam tu..

Lepas tu cuba tengok review diorang dekat fb, rupanya bukan aku sorang je terkena, ramai dah yang terkena. huhu


So lepas ni takdela lepak situ lagi. Mahal dan tak sedap langsung..

Okla, tu je nak share. Lama dah nak tulis pasal ni. Tapi tak berkesempatan nak tulis dalam blog :p sampai gambar nasi goreng pun aku takde mood nak snap time tu hahaha!

ASTraveler 2017

2 Comments

  1. Replies
    1. murni cawangan. bole try mana2 area yg dkt dgn tmpt awk. tp setakat ni paling worst cawangan Sek7 Shah Alam huhu

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post