Salam,

Last weekend aku decide jalan-jalan kat dalam Selangor je. Nak pegi Bustel Melaka, dah tutup, huhu

Nak pegi terengganu pun, jauh sangatle plak.. So, bincang punya bincang, aku dengan kawan plan pegi Kuala Selangor jer.. So jenjalan Selangor jela..

Tempat pertama yang aku pegi sabtu lepas, SKC 3D Art Gallery area Sekinchan Selangor.

Selama ni lalu je, nampak dari tepi jalan. So kali ni, kita terjah masuk dalam gallery pulak. Dari luar je nampak macam suam-suam kuku.. Tapi kat dalam not bad jugak. hahaha!


So jom masuk!

Kaunter pembelian tiket
Sebelum masuk, singgah toilet dia sat! :p


Kat sini toilet disediakan. So senang kalau nak membuang.. *Toilet dia Free je, tak yah bayar.

Lepas setel, kiter gi beli tiket.. Waktu urusan dan harga tiket adalah seperti dibawah.


Harga tiket:

14 tahun ke atas RM12/seorang
8 hingga 13 tahun RM8/seorang
Baby hingga 7 tahun RM0 atau free

Waktu urusan:

Dibuka dari hari Jumaat hingga Ahad. Dari jam 9.30pg hingga 6.30ptg


Air ada dijual disini yer. Tapi makanan takde..

Lepas beli tiket tu, dia tak bagi tiket yang macam resit tu. Tapi staff dia akan pakaikan tag macam kat bawah ni..


3D Art Gallery ni ada 3 tingkat. So jom kiter ke tingkat pertama

P/S: Perlu diingatkan. Camera mesti bawak tau. Kalau takde camera tak gunala masuk 3D art Gallery ni huhu. Smarphone kena jimat baterinya sebelum sampai gallery :p

Tingkat pertama


Perlu diingatkan, nak ambil gambar pun kena pandai. Kalau tak, gambar korang tak nampak 3D pun.. Gallery ni ada tunjuk la contoh-contoh nak bergambar macamne. Nak berdiri tempat yang sesuai dimana, seperti gambar dibawah.

Contoh nak bergambar
Nak snap, berdiri disini
Tapi ikut kreativiti masing-masing la.. tak semestinya kena berdiri atas arrow tu...

Next,


Ok next.. Part yang ni aku suka.. hhaaha!


Gambar ni aku suruh chinese yang ada kat situ snap kan. Nasib baik lawooo hahaha! Argghh lupa nak bawak monopod huhu!

Satu part ni pulak, ada Upside Down Classroom, bukan 3D. Yahooo! Gambar la lagi..


Punya la lama dok kat site ni.. Nak dapat gambar cantik huhu!... Ok jom next...


Tolak jangan tak tolak :p

Ok jom ke tingkat 2 pulak..

Tingkat 2


Kat gambar gajah ni lagi syiok. Ni kawan aku punya idea nak snap macamne.. Tak ikut pun contoh gambar yang dorg bagi..! Tergantung wei. Tolong! hahaa


Nampak tak kitorang macam tergantung? :D


Bergambar lagi....


Banyak lagi gambar. Tak larat nak upload. Last sekali tingkat 3. Tapi, agak scary la. Gelap jer.. Tak jadi naikla. Lagipun masa tu, tinggal aku dengan kawan 2 orang je kat dalam tu. Orang lain tadi dah balik gamaknya.. Lama betol kitorang dalam ni hahaa..


Gelap giler kan? Scary hahaha!.. So lepas tu kitorang decide keluar la sebab dah takde orang.. Maybe masa tu around jam 1pm+, tengahari buta... Petang ramai la kot..


Last sekali bergambar kat bawah.. Sebab masa masuk tadi ramai lak yang bergambar kat sini.


So overall okla pegi sini. Pada sape yang tak pernah masuk, boleh la pegi. Nak pegi, korang Google Map je, taip "SKC 3D Art Gallery Sekinchan", sure jumpe punya!

Dekat 2 jam jugak aku bergambar kat dalam tu hahah! :p

Ok bai,
ASTraveler 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post