Assalam,

Malam tadi sebelum tido, nampak ada orang share dekat Facebook, gempa bumi berlaku di Terengganu. Takut jugak. Tapi, gempa lemah 2.7 magnitud di Tasik Kenyir dalam jam 9.25 malam tadi. Benda² macam ni, kita tak boleh sangka akan berlaku. Cuma kita berdoa agar tidak berlaku apa² yang tidak diingini.

Semoga Allah lindung negara kita Malaysia, amin. Berikut adalah petikan aku copy dari Bernama.


KUALA LUMPUR: 

Gempa bumi lemah 2.7 magnitud dikesan di Tasik Kenyir, Terengganu, malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gegaran boleh dirasai di Kuala Berang.
Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16km Barat Daya dari Kuala Berang.

Mengikut kenyataan itu, tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 9.25 malam itu, namun agensi itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.- BERNAMA

10 Comments

  1. Alhamdulillah tiada kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. risau jadi macam taiwan baru2 ni.. mudahan kita dilindungi oleh-Nya. amin

      Delete
  2. Terkejut jgk masa tgk org ramai dok share dekat fb. risau betul.

    ReplyDelete
  3. Memang terkejut juga masa baca berita ni.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah cuma gegaran kecil ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post