Mamat, ingatkan amat akan sembuh tapi rupanya amat dah pergi 😢


Actualy dia ni lahir dekat Jalan Kebun, Shah Alam. Kiranya dia ni kucing bff aku.

Mamat ni lahir Masa Covid dulu, tahun 2020. Memang jenis kucing indoor yang tak pernah kuar rumah. Yelah, tuan rumah pun kena kurung sebab Covid 😅

Tahun 2021, bulan Oktober kalau tak silap aku. Bff aku nak balik Sabah terus. Sebab nak stay sana. Stay Selangor pun, dah takda sapa. Aku pun sejak Covid, terus stay kampung. Disebabkan dia nak balik Sabah, gigih dia bawak kucing indoor ni sampai ke Perak. Banyak jugak pahitnyaa, time bawak budak² ni ke Perak. Nak adopt pada orang yang tak kenal pun, macam sedih. So, bff aku ni nak serahkan Mamat dengan Minah (mak mamat) dekat aku untuk jaga. Yelah atleast, one day kalau bff aku ke Perak, dapatla jugak lawat si Mamat dengan Minah ni kan ☺️


Sampai la budak² seronok stay sini sebab bebas. Yelah, dekat kampungkan.

Then, Disember 2023 si Mamat ni macam banyak garu² dekat telinga, dia menggaru telinga dia sampai berdarah². Bawak klinik, check-up. Doktor kata alergik. Sampai la dia kena warded hampir 2 minggu dekat Klinik Shanadz, Kuala Kangsar. Dah keluar wad tu, memang telinga dia makin ok. Biasala klinik jaga elok. Keluar wad pun, kitorang yang mintak keluar sebab kos makin tinggi kalau terus warded.

Kitorang decide jaga sendiri, dan followup klinik je bila ubat habis. Alhamdulillah makin sembuh, mamat. Tak sangka, sabtu lepas Mamat balik tak aktif. Dia banyak tido je sampai la kitorang perasan, ada bengkak dekat belah kanan leher mamat. Isnin tu terus bawak Jabatan Haiwan. Dorang kata Mamat demam teruk. Selera makan dah tak berapa sangat.

Makin hari makin lemah mamat, dan kitorang decide nak bawak klinik Shanadz harini pukul 10pg. Tapi malangnya tak sempat sebab Mamat dah takda dalam jam 8pg++ 😭😭😭


Sebelum ni, selalu cakap dengan Mamat sambil tengok muka dia, "Mamat cepat² sembuh tau". Tapi Allah dah kata, kalau Dia nak ambil Dia akan ambil jugak kan? 🥺

Cuma aku Terkilan dan sedih sangat² rasa, sebab tak dapat bawak dia pegi Klinik tadi 😭😭😭

Maaf weh, tak dapat nak jaga Mamat elok² 🥺



Adios, 
ASTraveller.com

Post a Comment

Previous Post Next Post