Love ❤️ Scam


Guys, lately sejak PKP sampailah hari ini ramai yang emel tanya pasal cukai barang dari luar negara. Betul ke tipu? 🤔

Nak tahu tak? Love scam banyak gila berlaku sekarang ni dan masih ramai lagi yang percaya bulat² sampai senang² jer pegi transfer duit ribu riban dekat pasangan yang stay dekat luar negara, kononnya. Padahal tak pernah jumpa pun 😂

Korang tau tak, itu love scam?

Macamna nak tahu itu love scam? Korang tengok step yang dorang pakai untuk menipu.

❤️ Berkenalan di media sosial. Siap pos gambar harian dorang dekat sana. Padahal, bukan gambar dorang pun. Entah sapa² punya gambar dorang amik masuk Instagram, whatsApp, Email, Facebool dsb.

❤️ Selalu berhubung & ambil berat pasal kita. Selalu bagi ayat manis² untuk kita cair, then declare la konon nak couple. 🥰

❤️ Kadang-kadang dorang buat kerja camni lama. Bukan seminggu dua nak bagi kita percaya. Kadang² sampai 6 bulan, then barulah dorang buat kerja, kata nak pos hadiah bagi kita. Contoh dia nak pos barang² berharga seperti rantai atau barang² mahal dari UK, Korea dsb. Kita pun rasa seronok gila lahhh kan, dia nak bagi hadiah ehemm 😍😍 

💔 Masa nak hantar hadiah tu la, start dia nk scam duit kita. Konon, kita kena bayar cukai barang yang dia nak pos tu sebelum hantar ke Malaysia. Pihak kurier sana mintak cukai. Kita bayarkan dulu, nanti dia bayarla balik duit cukai yang kita bagi dekat kurier tu. Konon dia pinjam kejap la, lepas tu dia selit balik duit cukai tu masuk dalam parcel. hemmmm 😏😏

Korang tahu tak?

✅ Salah disisi undang² weh kalau kita selitkan sejumlah duit yang banyak masuk dalam parcel. Nanti dah sampai Kastam Diraja Malaysia, naya kena hold parcel tu 😏

✅ Hanya Kastam Diraja Malaysia sahaja yang berhak meminta cukai barangan yang kita terima dari luar negara. Itu pun tertakluk pada undang². 

✅ Kastam Diraja Malaysia, hanya minta cukai melalui emel atau surat rasmi sahaja. Takdanya Kastam nak call, WhatsApp kita untuk mintak cukai 😂

✅ Pihak kurier takda hak untuk mintak cukai pun. Dorang akan caj kalau barang tu dah sampai Malaysia dan masa tu korang dah bayar cukai pada Kastam. Tu pun sebab kena bayar servis caj untuk penghantaran dari Kastam ke rumah, bukan sebab cukai 😏


So, please lah jangan percaya sembarangan dengan orang luar yang kita tak pernah kenal atau tak pernah jumpa. Lagi² kenal dekat online jer. Nanti kang kuciwa weh 😂

Berhati-hati 💔

Itu je nak share!

Adios,
ASTraveller.com

Post a Comment

Previous Post Next Post