Haritu lepak sini makan. Saja nak try makan sini kan, sebab belum pernah try lagi. Padahal selalu nampak. Cuma tak tergerak lagi nak singgah, so haritu decide la singgah nak rasa
Actually, sebelum try sini aku dah pernah tanya owner kedai. Mula-mula dulu, aku ingatkan ni cafe orang dok lepak minum kopi. Rupa²nya tak Koley Cafe ni macam restoran biasa yang dok jual masakan panas goreng-goreng, western dsb 😁
So malam tu, saja nak try masakan panas. Feveret kitorang 1 family, Nasi Goreng Kampung. Dekat situ juga ada jual satey 🔥 So, try satey jugaklah dah alang-alang tengok macam sedap kan 😆
So malam tu kitorang order,
✅ Nasi Goreng Kampung RM7
✅ Nasi Goreng Ayam Blackpepper RM9
✅ Satay Ayam RM1.20/sebatang
Air tu, kitorang order ape entah. Tapi takdela yang special². Macam aku, order Limau Ais
Overall bagi aku Nasi Goreng Kampung dia sedap. Cuma malam tu, nasi dia lembik sikit 😆 Mungkin ada kesilapan dekat situ, tapi yang pasti aku tetap suka rasa Nasi Goreng Kampung dia, memang sedap cuma tak pedas jelah 🌶️
Kalau nak pedas, maybe kena request ah. 🌶️
Nasi Goreng Ayam Blackpepper pun sedap, not bad. Cuma tak pedas gak. 😏
Nak pedas, kena request. Kang memandai dia buat pedas² then ada jenis tak makan pedas, memang naya 😅
Satay dia aku suka. Juicy dan memang padu. Sedap, yang ni korang wajib try arrr 🔥🔥
Menu western lain, nextime la kita try. Banyak gila dia punya menu..Rambang mata weh. Chicken Chop, Pasta semua tu ada. Mushroom Soup, Ice-Cream.. Eh memang banyaklah.. Ala Thai pun ada, macam Tomyam, Paprik semua tu.. 😍
Pegila usha, menu diorg ni dekat gambar. Memang banyak gila 😆
Hurmm, nantilah nextime kita try lagi kan kan 😏
Harga, bagi aku standard harga Cafe dengan bandar bukan standard harga restoran kampung. Eh, korang tengoklah restoran dia lawa, nampak hipster. Standard arr tu 😬
So, kalau korang nak datang sini macam biasala.. Google Map jer Koley Cafe Kuala Kangsar sure sampai
Waktu operasi:
Buka setiap hari dari jam 3ptg ~ 11.30mlm
Hari ISNIN TUTUP eh guys 😬✌️
Okay arr, tu je nak share!
Adios,
ASTraveller
Sedapnyaa nasi goreng
ReplyDeletePost a Comment