Guys

Semalam aku ternampak ada orang share dekat facebook pasal gerai kopi ni. Dekat Kuala Kangsar rupanya 😌


Macam menarik gila 😍


So, terus malam tadi aku terjah nak try dorang punya kopi. Pergh, agak padu jugak guys ☕🔥

Actually gerai kopi hipster ni dah lama. Dah setahun lebih dorang buka dekat situ. Kenapalah selama ni aku tak perasan eh? 😅 Siap pernah singgah beli burger dekat sebelah gerai dorang lagi, tapi still tak perasan jugak. HAHA 😂


Semalam aku try beli

✅ 2x Hot Latte (RM7)


Comel je cup dia, rasa pun nice. Boleh arr nanti repeat lagi. Next time nak try pulak dorang punya Iced Latte dan lain-lain, tengok padu ke tak kan? 😏

Selain kopi, ada lagi menu lain yang korang boleh try. Antaranya:

✅ Waffle
✅ Paratha


Paratha tu macam teringin nak try, sebab boleh add-on cheese 😂 Ah nextime ahhh 🤣🤣


Harga menu yang ada dekat situ, semua standard harga gerai hipster lain. So tak payah nak acah-acah terkejut sangat. Eh? 😂

Nak lepak minum kopi dekat situ pun boleh guys, takda masalah. Ada jer dorang sediakan kerusi meja. Kecuali kalau hujan, kerusi meja dorang angkat 😂

Gerai comel je, cantik dan nampak meriah 😁

Lokasi?

Gerai dorang betul² terletak dekat depan kedai Colchis Gadget Kuala Kangsar. Nak senang Google Map je "Geng Gua Kopi Kuala Kangsar", inshaAllah sure jumpa guys 😁

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari 🤙
Isnin - Ahad: 5ptg - 12mlm


So guys, yang mana gila kopi tu boleh ahh singgah cuba dorang punya kopi. Paduuu 🔥🤙

Okayy ahh, tu je nak share.

Adios,
ASTraveller 

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post