Guys, mana² kad Maybank yang dah nak expired tu. Korang dah boleh start apply Replacement Card dekat website mb2u. 

Kalau tengok pada notification di Maybank, lepas apply secara online dorang akan proses dalam masa 9 hari. So pandai²lah nak bajet masa.

ehem 😏

Cara nak apply simple je

✅ Buka website Maybank2u (browser)
✅ Login
✅ Klik User & Klik Settings
✅ Lepas tu klik Cards

Dibahagian Manage Debit Cards

✅ Pilih Debit Card - Replace, Renew, Activate & Block
✅ Lepas tu klik "3 dots" (Card Details)
✅ Pilih Replace/Renew Card
✅ Lepas tu pilih kad
✅ Update alamat terbaru
✅ Submit

Lepas tu kena request Secure Verification.

✅ Buka aps Maybank2u
✅ Pergi ke SECURE2U
✅ Klik Approve

Bila dah berjaya, buka balik website Maybank2u (browser). Nanti kita akan diberitahu, Maybank dah terima request tukar kad & kad kita akan diproses dalam masa 9 hari.

Selesai

Bole tengok YT untuk lebih jelas



Kbye, tu je nak share 🙄

Adios,
ASTraveller

Post a Comment

Previous Post Next Post