Halu guyss 😁
Last week aku terjah makan dekat Mambo Bistro. Nak try dia punya Carbonara bercheese 🧀 Tapi sayang, habis.
So aku order laaa Grilled Chicken 🍗 Then kawan aku tu order dia punya Aglio Olio laa tak habis², macam takda menu lain 🙄😆
✅Grilled Chicken RM14.90
✅Aglio Olio Seafood RM19.90
✅Cheezy Wedges RM8
✅Soda Herbs (Alamak, bape ek harga ni? 😆)
✅Bandung Soda RM3
🫴Grilled Chicken. Kuantiti banyak, ayam dia sedap tp ada tulang. Aku tak pandai makan tulang, nak isi je 😆😆
🫴Aglio Olio. Kuantiti memang banyak, udang besar gila okay. Puas makan. Cuma, rasa sotong dia kuat sangat, aku tak bape suka. Kawan aku suka la, sedap dia kata 🙄
🫴Cheezy Wedges. Sedap weh, cheese banyak 😂
🫴Soda Herbs. Ni paling rekomen, sedap weh haha. Cuma harga dia aku lupa. RM7.90 kot 😆😆😆
🫴Bandung Soda. Biasa-biasa je 😆
Actually banyak gila menu sedap. Rambang mata nak pilih mana satu. Next time lah kita cuba lagi, kalau ada rezeki 😌
Haa, satu lagi ni....
Kalau korang bernasib baiklah kan, silap² masa nak bayar kat kaunter tu, staff kata tak payah bayar. Free jer..
Serius arr, free. 😵💫
Yep, kalau bernasib baiklah. Sebab Mambo Bistro ni hari-hari dia ada buat makan free untuk 3 random meja yang bertuah. So, kalau ada rezeki korang makan situ free guys. Makan la apapun 😏
Waktu operasi:
Rabu - Isnin: 5.30p - 11.30p
Selasa: Tutup
So, kalau nak datang sini korang just Google Map je Mambo Bistro Changlun. InshaAllah sampai 😉
Okay ahh, tu je nak share.
Adios,
ASTraveller
Post a Comment