Hey peminat kopi sekalian! 😏
Kalau korang ada disekitar Nilai atau Sepang, meh ni aku ada nak suggest kat korang satu kafe hipster untuk lepak minum² kopi sambil bergambar 😎
Koka = Kekal
Lamo = Lama
ehemm 

Tenang gila bila lepak kat kafe dorang ni. Maklumlah terletak di kawasan kampung. Santai je lepak² minum kopi panas sambil tengok orang lain hadap jem dekat tepi jalan besar sebelah kafe ni HAHAHAA 

Kebetulan time aku sampai untuk pertama kalinya haritu dalam jam 6ptg. Lepak minum kopi santai² dekat luar kafe. Lepas tu tengokla ramai orang dok hadap jem nak ke bandar Nilai / Sepang. Nasib baik berangin, dok lepak² bawah pokok yang rendang ehemmm

Dalam hati aku, weh korang ni taknak singgah pekena kopi ker? 

Seriously, aku suka deko kafe dorang. Simple & hipster. Kaki gambar dan penggemar kopi yang nak layan Tenang Ribut Jiwa korang, memang sesuai sangatlaahhh kalau nak lepak santai dekat sini 

Kokalamo Kafe ni terletak di Kampung Chelet, Nilai sempadan negeri Selangor & Negeri Sembilan. So kalau korang dari Sepang ke, Nilai ke memang dah tak jauh dah. Macam biasa, Google Maps aja Kokalama Kafe. Sure jumpa

1st time aku dengan kawan aku sampai petang tu, kitorang just order latte jer. Tak makan sebab dah kenyang. Datang pun saja² nak layan kopi dekat sekitar Nilai / Sepang petang tu.
2x Latte Ais RM10 

1x Latte Panas RM9 

Kopi
Boleh repeat. Cuma Latte Panas, saiz cup dia kecik sikit laa, compare dengan McCafe atau ZUS Coffee.
mantap

Takpelah, janji sedap + puas hati 

Menu lain takde ke?
Dont worry guys, menu lain banyak jer actually, macam² ada. Antaranya:




Dari segi harga, bagi aku standard-lah untuk kedai² kopi hipster. Memang rata² macamtu harganya.
Selain minum kopi & makan², korang juga boleh bergambar dekat dalam dan sekitar kafe. Memang cun. Tapi kalau korang datang pada waktu malam, lagi cantik weh kalau nak bergambar. Serius! 

Kalau tak silap, Kokalamo pun ada jual baju bundle. Kalau tak silap la, sebab ada nampak dalam kafe haritu. So, kalau korang peminat bundle, boleh arr usha² baju dekat dalam kafe. 
Koleksi dia lawa ke tak, yang tu aku tak tahu. Nanti korang usha sendiri arr 





Waktu operasi?
Haa, kafe ni bukak lambat sikit. Jam 2ptg untuk weekend. Kalau hari biasa, lagi la lambat. Jam 4ptg baru bukak
Mesti ada reason kan, why dorang bukak lambat?

SELASA - JUMAAT: 4ptg - 12mlm
SABTU - AHAD: 2ptg - 12mlm
ISNIN: TUTUP
Nak datang, macam biasalah. Korang Google Maps je, memang senang gila nak jumpa. 

Wajib datang sini tau 

Okay guys, tu je nak share.
Adios,
ASTraveller
nice info!! can't wait to your next post!
ReplyDeletetq singgah :)
DeletePost a Comment