Halu guys 😁

Kali ni aku just nak share, cara kita nak setup & pair smartwatch Amazfit T-Rex 2 dengan smartphone. Simple jer. Tapi sebelum tu, aku nak review sikit-lah pasal smartwatch ni.


Sepanjang aku menggunakan T-Rex 2 ni, yang paling aku suka adalah battery life dia. Sangat amazing gila berbanding dengan smartwatch lain seperti Garmin Instinct Solar atau Suunto 9 Non Baro yang aku pernah guna sebelum ni. 



Selain tu, smartwatch ni bagi aku semua function ada. Nak pakai time hiking, running, cycling atau indoor excercise semua boleh. Kira complete laaa. Antara function yang ada,

  • Barometer
  • Altimeter
  • Compass
  • Weather
  • Kcal (Kalori)
  • Heart rate
  • SpO2 (Oksigen dalam darah)
  • Steps tracking
  • Sleep tracking
  • Menstrual cycle (khas untuk wanita)
  • Exercise

dan banyak lagi... 

Memang sangat berbaloi-lah dengan harga pasaran RM799 berbanding dengan harga brand lain seperti Garmin atau Suunto yang mungkin mencecah dalam RM3k keatas kalau nak semua function tu ada kat dalam jam. 😁

Kalau korang mencari jam yang ada semua function dekat atas ni, tryla rembat satu T-Rex 2 ni. Bagi aku sangat berbaloi.

Pada yang baru beli, dan tak tahu cara nak setup & pair dengan smartphone. Meh sini aku share, cara-cara nak buat. Senang je. 

Let's go!



Cara nak setup & pair Amazfit T-Rex 2 dengan Smartphone

1. Turn on smartwatch (Tekan button kanan atas untuk beberapa saat) 

2. Smartwatch on & pilih bahasa 

3. Scan QR Code dengan Aps Zepp 

4. Install aps Zepp dekat smartphone & register (new user) 

5. Open aps & tambah device (watch) & scan 

6. Done

Simple kan?

Nak lagi senang paham, korang tonton video dekat bawah ni


Okay, tu saja nak share 😄

Adios,
ASTraveller

Post a Comment

Previous Post Next Post