Hey guys!
Korang nak tau tak, dekat Sepang ada satu tempat lepak mengopi yang best weh. Rare gila tempat dia. Cafe dia, sekali pandang memang tak macam cafe guys. Tapi... 😏
1st time aku sampai, tengok tempat dia ni hemmm, siap cakap dalam hati, "eh, betul ke sini ada jual kopi?" 😂
Serius weh, tempat nampak simple je tapi kopi dia padu gila 🔥
Nak tau dekat mana? Nahh, kat sinilah tempatnya
A Julius Coffee, Sepang
Santai gila lepak sini sambil pekena Hot Latte padu dari owner 🔥 Korang tengok environment cafe, memang relax. Redup dengan pokok². Nak lepak tengahari, memang tak panas okay. Sejuk je 😎
Haritu, aku sampai sana dalam tengahari jugak. Aku try je apa menu yang ada time tu.
✅ Hot Latte 🔥 RM8
✅ Iced Latte 🔥 RM10
✅ Caramel Macchiato 🔥 RM12
✅ Nasi Lemak 🔥 *tak ingat berapa 😆
Main menu dekat sini, semua sedap² guys. Lepas tu ada jugak side menu macam cup cake dsb. Nanti korang usha sendiri laa kan 😏
Serius, overall sedap. Tak menghampakan ❤
Nak datang sini?
Macam biasalah, korang just Google Map je A Julius Coffee Sepang atau PUDGi Sepang, inshaAllah gerenti sampai.
Actually cafe ni terletak dalam area PUDGi Outdoor. So selain cafe, macam² gakla aktiviti yang kita boleh buat kat dalam tu. Dengar² ada mini zoo, tapi not sure lah kan dah buka ke belum. Sebab time aku pegi haritu, belum ada lagi 😁
Kemudahan lain:
✅ Surau
✅ Toilet
Waktu operasi:
Rabu - Isnin: 7.30pg - 1ptg & 4.30ptg - 8mlm
Selasa: Tutup
Kalau nak senang, korang wasap.my/60172536327 je onwer. Kot laa time berubah kan 😁
Serius guys, wajib singgah tau kalau ada dekat² Sepang. Rugi tak singgah okayyy 🔥
Tu jer nak share 😉
Adios,
ASTraveller
Post a Comment