Halu Guys. 

Korang tau tak, port mana lagi yang best untuk lepak minum kopi? 

Haa, meh sini aku nak bagitahu. 😬.. 

Kat sini laaa weh. 

Sibuk Ngopi ☕ 


Petang tadi keluar pegi GM, Klang. Masa nak balik tu singgah lah port mengopi agak viral ni iaitu Sibuk Ngopi. Disebabkan dah kenyang, aku just minum-minum jelah. Time tu, daa pukul 6.30pm. Tak boleh lama, sebab setiap hari ahad dorang ni tutup jam 7pm 😬 

Kitorang order: 

2x Hot Latte (L) RM9.90 
1x Iced Latte RM9.90 


Menu lain, macam biasalah. Ada Cake & Lasagna gitu. Nasi lemak, laksa, bihun sup semua tu macam takda 😂 


.... 

Setengah jam gak arr melepak sambil ambil gambar + shoot video. Apapun, memang cantiklah cafe dia. Cuma cafe dia kecik jelah, limited. Kalau penuh, tunggu jelah turn korang ye. 😏 

Kemudahan; 

❌Parking 

Parking takda, korang pandai-pandailah parking tepi jalan besar. 

✅Toilet 

Toilet ada kalau tak silap. Cuma pintu dia takda tulis toilet kat situ. Rasanyalah, sebab member aku kata ada toilet 😂 

Nak datang sini, korang Google Map je "Sibuk Ngopi" inshaAllah sampai 😬 

Waktu operasi: 

Selasa - Sabtu: 11pg - 10mlm 
Ahad: 11pg - 7ptg Isnin: Tutup 

Okay arr guys, itu saja aku nak share 😚 

Adios,

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post