Nakawan Basecamp Bukit Ayer, Perlis
Halu guys 😀
2 minggu lepas, aku pergi bercamping di Nakawan Basecamp, Perlis. Aku stay selama 3H2M kat sana berdua dengan kawan. 😁
Tadaaa,
RM20/malam (Saiz Tapak 10 kaki)
RM25/malam (Saiz Tapak 15 kaki)
Bayaran masuk:
Kanak² RM1
Dewasa RM2
Nice place jugakla untuk bercamping terutamanya untuk family yang baru nak berjinak² dengan aktiviti bercamping ni.
Kemudahan, memang aku boleh katakan lengkap. Yang ada dekat sana lengkaplah, antaranya;
Surau
Parking
Plug point
Toilet / Shower
Sinki
Pondok yang luas siap ada lampu + kipas, boleh dijadikan tempat solat, boleh lepak² atau baring santai dsb (berhampiran campsite)
Banyak lampu disekitar campsite. Jangan risau kalau korang jenis tak bawak lampu banyak
Persekitaran campsite memang bersih dan terjaga. Redup sebab banyak pokok. Cuma view sungai tu takdala, sebab dekat situ just ada anak sungai yang jauh sikit dari campsite dan ada kolam mandi untuk pengunjung pada belah siang.
Untuk sungai yang air dia biru macam Emerald Pool Krabi tu, actually memang ada. Tapi macam dah sendu, maybe tak terjaga sebelum ni dan sekarang on the way diorang nak upgrade dekat area tu kot sebab macam ada construction sikit dekat situ. Akan datang, maybe akan lebih menarik laa area tu.
Untuk korang yang jenis bercamping bawak Hammock + fly pulak, jangan risau. Dekat situ ada Hammock Bay untuk korang stay. Bayaran tak pasti berapa untuk Hammock Bay.
So, pada siapa yang nak merasa bercamping dekat Nakawan Basecamp, Bukit Ayer Perlis. Korang boleh contact nombor dibawah,
En Qhatib: wasap.my/60145234301
Okay guys, itu saja nak share. Selamat bercamping
Post a Comment