Salam guys, good day! 😁

Actually, soalan ni

Apa barang-barang yang perlu untuk mengkafankan jenazah?

...aku ternampak dekat facebook dan aku rasa terpanggil untuk masukkan dalam blog. Bila dah tulis dalam blog ni, senangla nanti untuk aku rujuk atau untuk orang lain baca sebagai info. Bagi aku, benda ni sangatlah penting bagi kita untuk persediaan yang akan datang kan? 😊

Terpikir jugak aku soalan macamni. Apa barang-barang yang perlu kita sediakan untuk mengkafankan jenazah? Bagi yang tiada pengalaman macam aku, biasanya mesti akan tertanya-tanya..

Apa barang yang kita perlu sediakan untuk mengkafankan jenazah?

So, kat sini aku share antara kelengkapan yang perlu ada untuk kita mengkafankan jenazah,

Kredit: https://www.hmetro.com.my/

So apa yang kita perlu sediakan adalah:

  • Kain kafan (Kain putih)
  • Telekung Putih Untuk Perempuan (Telekung ni extra untuk perempuan termasuk kain kafan)
  • Kapas (Kapas Gulung)
  • Air Mawar
  • Putik Kapas
  • Tikar Jerami / Tikar Mengkuang / Tikar Plastik (Bole lipat-lipat)
  • Minyak Atar (Tanpa Alkohol)
  • Sarung Tangan (Getah / Kain)
  • Sabun mandi (Samada sabun buku / shower foam)
  • Kain Batik Lepas
  • Serbuk Cendana & Kapur Barus
  • Gunting
  • Bantal
  • Mask / Pelitup Muka (Sejak COVID19)

Nak cari mana semua barang-barang ni? 

Haa, ada yang bagitahu. Nak dapatkan semua barang-barang ni biasanya ada di kedai yang menjual barang-barang Haji & Umrah. Atau nak lebih mudah, korang boleh beli set siap-siap dekat link yang aku share dekat bawah ni.


Harga yang aku letak ni adalah harga semasa dan mungkin juga akan berubah-ubah ikut tahun.

Untuk lebih details tentang pengurusan jenazah, korang boleh baca sini;


Okay, itu saja aku nak share. Semoga dipermudahkan urusan kita semua didunia & akhirat.

Adios,

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post