Tasik Timah Tasoh

Dekat port mana yang best untuk bercamping di Tasik Timah Tasoh?

Haluu guys. Actually, ahad lepas aku ada jalan-jalan dekat area Tasik Timah Tasoh ni. Kononnya, nak mencari port bercamping. Kot la, boleh lepak satu malam lagi dekat sana kan?

Kebetulan selepas aku bercamping di Nakawan Basecamp, Bukit Ayer Perlis. Nak jugak try camping dekat Tasik Timah Tasoh ni. Maklumlah, macam dahh viral jugak orang dok camping dekat tasik ni.

So, macam biasa kita Google Map jelah nak sampai ke situ. Bila dah sampai tu, actually ada 3 port tau untuk kita berkunjung 😎



Port Pertama @ Tasoh Lake Resort 🟧

✔️Haa, yang ni kalau nak masuk kena bayar. Tak sure bayar berapa, rasanya RM5/parking. Port ni memang ramai gila la orang, sebab banyak tempat yang kita boleh bergambar.

✔️Then ada resort yang kita boleh stay (rate tak sure berapa) dan ada macam-macam lah. Kalau tengok dekat page Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu, suasana malam dah macam iCity Shah Alam. Banyak lampu warna-warni. Thats why port pertama ni jadi tumpuan ramai 😁 Tapi kalau nak bercamping dekat port pertama ni, aku tak sure ada ke tak? Rasanya macam takda.

Port Kedua @ Dataran Empangan Timah Tasoh 🟦

✔️Port kedua ni, tempat yang aku terjah ahad lepas. Sebab ada orang suggest dekat aku, pegi tempat yang tak berbayar ni. Yes, port kedua ni memang takda bayar apa-apa. Parking pun free. Tempat parking, pandai-pandai cari lah. Kalau full, nasib ah 😆

✔️Dekat sini, ada public toilet. Ada gerai-gerai makan + minuman. Ada pondok yang korang boleh lepak santai tepi tasik. Then nak memancing pun boleh.

✔️Selain daripada tu, pada siapa yang berminat nak berkayak, korang boleh jer sewa peralatan berkayak dekat situ. Then nak sewa bot untuk ronda-ronda tasik pun boleh guys, 1 bot tu RM50 kalau tak silap akulah.

✔️Bercamping? Haa, nak camping pun boleh. Tapak free je. Tapi bagi aku, kalau nak camping bermalam dekat sini selama 2-3 hari aku tak recommend sangat. Sebab belah siang tu, panas gila weh dekat sini. Pokok redup kurang. So nak datang lepak camping pun, better korang datang belah pagi sebelum jam 12tghari atau belah petang lepas jam 5ptg. Kalau korang terjah dalam jam 12tghari - 5ptg, memang panas gila 😅

Port Ketiga @ Dataran Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh 🟩

✔️Port ketiga ni best. Kalau korang memang datang sini untuk bercamping, dekat sini lah tempatnya. Sangat recommeded. Yes, memang aku tak pernah sampai lagi disebabkan kali pertama aku datang dan tak tahu port mana yang best untuk bercamping dekat area tasik ni kan? hemmmm. 😆 Then baru-baru ni pulak aku dah tengok ada orang share dekat TikTok. Haaa, memang port ni lah sangat sesuai untuk bercampig rupanya. Tempatnya redup tepi tasik, terjaga. Bayaran? Murah jer guys, RM5/seorang jer. Takda khemah? Ah, korang jangan risau. Boleh jugak sewa khemah dekat situ. Harga khemah RM30 & RM50. Harga berbeza, maybe sebab ikut pada size khemah kot 😁

Untuk campsite, korang boleh tengok TikTok ni

✔️Nak sewa bot ronda-ronda tasik pun ada. Nak berkayak pun ada guys. Korang pilih jer

So, kalau nak datang bercamping dekat Tasik Timah Tasoh, Perlis ni. Korang pilih port ketiga atau korang Google Map terus Dataran Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh. InshaAllah sampai.

Nextime kalau berpeluang ke utara lagi, aku akan terjah tempat ni untuk bercamping semalam dua. Haritu pergi, macam tak best pulak dah tersilap pilih tempat hahah 😂

Jom, aku share sikit gambar-gambar yang aku ada shoot dekat area tasik, port kedua area Dataran Empangan Timah Tasoh. Kalau gambar gelap, sorry ahhh guys. Masa ni memang panas gila kot hahaa.

Tadaaa,


Maaf weh gambar aku shoot time ni, kurang memuaskan. Sebab terlampau panas terik kot, gambar jadi camne entah haha 😂

So, pada korang yang teringin nak jalan-jalan kat sini. Korang just Google Map je, Tasik Timah Tasoh. Insha-Allah gerenti sampai. Tapi ingat, dekat sana dia ada 3 port yang korang boleh pilih. Kalau kaki camping macam aku, surelah aku pilih port yang ketiga, memang tempat paling sesuai untuk bercamping. 😍

Okay guys, itu saja nak share!

Adios,

2 Comments

  1. menarik tmpt ni tapi jauh pulak nak ke Perlis. pernah pergi padang besar tu pun lenguh kaki tekan minyak hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post