Sejak akhir-akhir ni, ramai juga yang tanya aku bab pembayaran cukai dari Kastam sebab ada barang kita sangkut di Kastam secara tiba-tiba.
Tiba-tiba? 😨
Yes, memang ramai rupanya sekarang, tetiba dapat mesej dari Kastam suruh kita bayar cukai sebab ada barang sangkut dekat Kastam dari luar negara.
Kononnya kita dapat hadiah dari luar negara, tapi hadiah tersangkut dekat Kastam then dapat notis dari Kastam suruh kita bayar cukai dulu

Dapat mesej dari WhatsApp atau call..
Masalahnya sekarang;





Berhati-hati guys, ini kerja #scammer. Kalau ikut pada yang memang berpengalaman hantar barang dari luar negara ke Malaysia, pihak Kastam memang tak pernah nak bagi notis untuk bayar cukai melalui call atau WhatsApp. Kastam akan hantar surat rasmi kepada kita melalui mail atau e-mail sahaja. Kalau dia kata, akan selit duit cukai konon dia nak bayarkan balik duit cukai, korang jangan percaya. Sebab sejumlah duit yang banyak tak dibenarkan masuk dalam parcel, ada masalah nanti dekat Kastam.
So, berhati-hati ye guys! 😊
Baca lanjut disini: https://www.astraveller.com/2021/08/barang-yang-di-pos-dari-luar-negara-ke.html
Adios,
Post a Comment