Salam guys, good day! 😁

Aku sure, ramai blogger atau youtuber dekat luar sana mencari microphone tanpa wayar (wireless) yang terbaik untuk menghasilkan audio yang padu pada video kan?

So dekat sini, aku nak suggest korang 1 brand ni. Memang terbaik untuk hasilkan audio yang superb clear dalam video korang based pada review yang aku tonton dari Youtuber lain. Weh, dengan aku-aku sekali terjebak beli.

Iaitu, brand Synco 😉

Actually, banyak jenis wireless microphone yang dikeluarkan oleh Synco. Korang boleh pilih, ikut bajet masing-masing. 

Yang aku dah cuba, adalah Synco G1(A1) memang berfungsi dengan baik pada smartphone aku.

Tadaaaa,

Ini dia, Synco G1(A1)


Sebelum ni, aku dah pernah beli Synco G1(G1T). Tapi tak sesuai dengan Vivo V20 aku. Ingatkan semua smartphone Type C boleh guna. Rupanya receiver dia tu, tak semua smartphone boleh guna. So, sebelum korang beli Synco G1(G1T) memang kena tanya seller dulu habis-habis, takut tak compatible dengan korang punya smartphone. 

Dari segi harganya pulak,G1(G1T) ni memang lebih murah berbanding Synco G1(A1).

Tapi sayangnya, smartphone aku tak function pulak dengan G1(G1T) ni, terpaksalah aku return & refund daripada Shopee. Nasib baiklah boleh return & refund. 💦😂


Lepas tu, aku belilah yang baru ni, Synco G1(A1). Alhamdulillah kedua-dua smartphone aku compatible dengan yang ini. 😁


Wireless mic ni, memang mudah je nak setup. Aku dah try, audio dalam video memang padu, clear. So kalau korang nak record video dekat luar pun, takda masalah audio dah lah daripada kita pakai built-in mic dari smartphone, tak bape nak clear kan? 


Selain itu, wireless mic ni boleh detect sejauh 70meter dari smartphone. So kalau record jauh sikit dari smartphone takda masalah dah pada audio 😊

Actually, kalau korang beli set Synco G1(A1) ni, kita akan dapat 1x Receiver & 1x Transmitter (1x mic). Kalau korang memang jenis blogger atau youtuber solo boleh la try set G1(A1) ni. Kalau korang biasa record berdua, korang boleh-lah ambil set Synco G1(A2). Sebab set G1(A2) ni, kita akan dapat 1x Receiver2x Transmitter (2x mic). Tapi harga dia memang keras sikit lah 😁

Amacam guys? 

Mana yang tengah mencari wireless mic, boleh la try brand dari Synco ni. InshaAllah puas hati.

Untuk unboxing, korang boleh view video dibawah


InshaAllah next video nanti, aku akan share cara nak setup dengan hasil audio dari Synco G1(A1) ni sekali. Jangan lupa untuk subscribe aku punya Youtube Channel okay. 😀

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post