Salam guys, good day!

Baru-baru ni, aku ada beli smartphone lain. Tiba-tiba lepas unboxing tu, aku terkejut sebab smartphone yang aku beli tu tiada audio jax 😂

Memang ketinggalan betul aku dengan bab teknologi smartphone ni 😆


Gelabah gak mula-mula, sebab sebelum beli memang tak tengok habis-habis review dari Youtuber. Main beli je, yang penting MP camera dia besar hahaha 😂

Apa lagi, lepas tu try lah search Type C + Audio Jax. Rupanya memang berlambak daa ada jual. Aku je yang tak berapa nak tahu 😜

Maybe lepas ni, audio jax dah takkan wujud pada smartphone. Sebab ada yang kata, kalau ada audio jax tak berapa bagus. Tak tahulah kenapa ek 😕

Tiada audio jax, lepas tu nak main game atau dengar lagu sambil charge smartphone korang.  Bagaimana kan?

Ada 2 penyelesaian kat sini, kalau smartphone korang tiada Audio Jax. 

  • Pertama, korang beli je Wireless Earphone/Headphone
  • Kedua, kalau korang masih sayang dengan Wired Earphone/Headphone, so korang beli la Adapter 2 in 1 [Type C + Audio Jax]

Disebabkan aku memang sayang lagi dengan Headphone berwayar aku tu, so aku amik keputusan untuk beli adapter saja. Cari punya cari, aku rasa Black Shark punya adapter nilah jadi pilihan. Biar mahal sikit, tapi puas hati, gituewwwww! 

Harapnya puas hati lahhhh bila dah guna HAHAHA 😂

Tadaa,

Black Shark Audio/Quick Charge 2 in 1 Adapter

Adapter ni, dia 2 in 1 iaitu dia ada Type C port dan Audio Jax. So, dengan adanya adapter ni kita boleh main game atau dengar lagu sambil charge smartphone.

Ni lahhh rupa bila kita dah pasangkan adapter tu pada smartphone.


2 in 1, Type C + Audio Jax


Then adapter daripada Black Shark ni, ada 2 cara untuk kita guna sebab adapter boleh cabut daripada holder.


Bila tanpa holder, adapter ni akan tergantung macam ni jelah. 


Special kalau korang memang Black Shark smartphone user. Adapter tu akan melekat elok pada body, sebab adapter ni ada magnet dan memang dibuat khas untuk Black Shark smartphone user 😎

Adapter ni korang boleh usha di Black Shark Offcial Store di Shopee. Harga memang berbaloi-baloi berbanding kalau kita beli diluar.

Okay tak guys?

Kalau korang kurang bajet, banyak je lagi jenis adapter yang murah-murah korang boleh dapatkan di Shopee. Dont worry 😀

So untuk lihat unboxing, korang boleh tengok video dibawah


Okay guys, itu saja nak share! 😃

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post