Salam guys, good day 😁

Kali ni aku saja nak share, beberapa modus operandi scammer yang paling popular sekarang ni. So, kita kena alert jugaklah supaya tak terkena dengan scammer yang semakin hari semakin berleluasa 😫

Antara Modus Operandi Scammer yang popular adalah;

1. Parcel Tersangkut Di Kastam (Airport), Perlu Bayar Cukai

Modus Operandi: Dapat WhatsApp, call atau email mengatakan yang kita ada barang dari luar negara tersangkut di Kastam. Lepas tu, dorang suruh kita bayar cukai dengan sejumlah wang yang agak banyak. Biasanya barang yang tersangkut dekat Kastam tu adalah parcel hadiah dari kenalan oversea dan kita tak pernah jumpa pun sebelum ni, hanya berhubung melalui media sosial sahaja.😅 Siap dia send pada kita surat daripada pihak kurier, dan kos cukai yang kita perlu bayar pada Kastam. Kalau tak bayar cukai ni, hadiah ni tak dapatlah. Gituuu 😏

Lepas tu pulak, dia janji yang dia akan bayar balik duit cukai tersebut pada kita. Kiranya dia macam nak sedapkan hati kita jugalah ni. 😆 Duitnya nanti dia akan selit-kan ke dalam parcel. Berikut adalah contoh surat yang dia send pada kita, bukti yang kita perlu membayar cukai untuk barang yang tersangkut di Kastam tu.. emmm 😐


Kalau korang dapat mesej macamni, please la jangan percaya. Memang terang-teranglah scammer guys. Sebab apa aku kata scammer

Sebabnya adalah:

  • Kita tak kenal dia pun. Jumpa pun tak pernah. Dahla stay oversea, tetiba nak bagi hadiah mahal-mahal untuk kita. Then, time nak hantar hadiah tu tak lepas Kastam pulak. Kita yang kena tanggung cukai 😂 Okaylah fine, dia kata dia akan bayar balik pada kita duit cukai tu. Tapi kenapa duit dia selit dalam parcel pulak. Kenapa tak transfer online je? Banyak dah kot Online Payment yang kita boleh guna, contohnya Paypal, Payoneer dsb. Semuanya dihujung jari jer guys, nak selit-selit dalam parcel buat apa? HAHA 😆

  • Kalau betul barang ada sangkut dekat Kastam Malaysia, dorang takkan bagi surat melalui WhatsApp, e-mail bodoh-bodoh macam tu jer. Dorang akan send kita surat berbentuk rasmi siap ada cop Kastam Malaysia melalui e-mail atau pos sahaja. Cara bayaran pun, banyak option. Samada kita nak bayar online, nak datang bayar di Kastam atau nak suruh kurier yang setelkan, contohnya kita nak Pos Malaysia yang uruskan barang kita di Kastam (ada extra caj lah kalau yang ni yer). Masih ragu-ragu? Ahh, korang boleh pergi Kastam sendiri dan bayar cash disana jer adalah lebih selamat. 😄

  • Kawan oversea yang kita baru kenal tu janji, nak selitkan duit dalam parcel. Korang tau tak, selit duit ke dalam parcel akan mendatangkan lagi masalah.  Actually, sejumlah wang yang banyak tak boleh main selit-selit dalam parcel guys. Bertambah masalah kalau Kastam buka parcel tu nanti 😅

Kat sini aku share sekali kisah salah seorang viewer aku yang hampir kena tipu dengan scammer Kastam ni. Harap boleh jadikan satu peringatan & pengajaran.


Hai. Saya ada komen di blog Cik. Nak minta tolong verify...

Kawan saya post ke alamat saya hadiah. Saya banyak terbaca di blog2 tentang scammer yang akhirnya kami penerima barang kena tipu, bayar amaun yang banyak bekali-kali.

Saya attach shipping details ya. Ini alasan kawan saya tu...

"The courier company agent  told  me that you need to make little payment  immediately package arrive  at Malaysia airport's  as clearance charge before package will be deliver  to your home address ....So I have no other choice than to kept some dollars inside the parcel  so you can replace  wherever you take from, for the courier company service agent to deliver your items to your door step."

Terima kasih banyak2. Semoga dipermudahkan urusan Cik sekeluarga. 

Meh saya share sikit lagi ye. Hehe

Saya kenal dia dalam apps cari jodoh International punya lah. Kawan saya jumpa jodoh dari apps tu. Dah kawen pun. So saya mcm yakin la kan.

Cuma saya start rasa pelik lepas dia mengelak nak video call. Dia kata sebab kerja kat dubai. Dia ada share pasal siber security kat dubai tak berapa bagus. So elakkan video call, send voice note etc.. Dia kerja short contract kat dubai katanya.

Lepas tu beria2 nak datang Malaysia. Tp tiba2 dapat job offer dekat Korea pulak alahai sangat kan. Mula2 kata nanti kat dubai kita boleh jadi macam pasangan lain, boleh video call dan lain2. Saya geram macam tarik tali.. Saya pun cakap ok saya boleh tunggu dia sampai Korea. Bila saya mention pasal tu, dia share pasal siber security kat North Korea bahaya etc. Eh, ingatkan kat South Korea. Memang sesuatu sangat.

Bila baca kat Internet memang banyak kes yang hampir sama. Awal kenal dah nak hantar hadiah. Siap masukkan duit utk plan deposit nak beli rumah sama2. Mudahnya percaya org kan? Kenapa tak guna bank. Sekarang semua boleh buat. Tak risau ke duit ribu2 letak dalam parcel kan. Allah tu maha baik, jaga saya dari terpengaruh. Alhamdulillah.

Tapi modus operandi dia memang terbaik. Cerita dia asal Singapore, stay di us.. Baru revert Muslim. Ayat manis2...selalu solat lol.

Tu je lah... Saya harap boleh jadi pengajaran utk orang lain. 

2. Dapat panggilan dari Pos Laju

Modus Operandi: Pos Malaysia call kata barang kita yang nak dihantar ke Sabah ada tersangkut di Kastam sebab ada barang terlarang dalam tu. Contohnya dia kata, kita ada pos Kad Pengenalan dengan Kad ATM yang banyak ke dalam parcel. Then kita akan dikenakan tindakan undang-undang sebab ini kes jenayah. 

Lepas tu dia mintak no I/C kita semua. Then adalah tu, kita kena bayar sejumlah wang bla bla bla.


Kalau korang dapat panggilan macamni, please-lah jangan percaya. Kalau korang memang tak pernah hantar barang macamtu, tetiba dapat call kata kita hantar barang terlarang. emmm.. 😕 

Masa dia mintak no I/C kita tu, korang jangan-lah bagi I/C betul-betul. Tipu jer no I/C tu. Lepas tu, korang mintak pulak dia bacakan details sender pada parcel.

Macam aku pernah kena dulu, masa dia bacakan details sender tu. Nama sender memang nama kita dia mention. Tapi bila dekat alamat tu, entah siapa punya alamat la dia bagi. Nampak sangat menipu. 

Then kalau dia kata dia dari Pos Malaysia, korang mintak dia no staff. Gerenti dia letak phone guys. HAHAHA 😂

3. Dapat SMS Tunggakan Kompaun

Modus Operandi: Kita dapat banyak SMS suruh bayar tunggakan kompaun, contohnya kita dapat SMS dari MBSA. Dorang suruh kita bayar tunggakan saman dalam tempoh yang tertentu. Bagi menarik perhatian kita lagi, dorang bagi diskaun gila-gila kalau kita bayar dalam masa yang ditetapkan. Siap ada link suruh kita bayar kompaun tu.😏

Uish bahaya main tekan-tekan link sembarangan. Tolong jangan klik okayy 😏

Contoh SMS tunggakan kompaun yang pernah aku terima sebelum ni;


Banyak gila okay. Setahu aku, sebelum ni kalau ada saman dengan MBSA aku bayar terus melalui drive thru je. Sebab kalau bayar saman dalam masa 24jam, MBSA bagi kita RM10/saman 😋 

Kalau korang tak ingat ada saman ke tak then tetiba dapat SMS macam ni dari MBSA atau mana-mana pihak berkuasa tempatan untuk bayar kompaun, bagi yang menetap di Selangor. Korang boleh semak saman korang di aplikasi Flexi Parking. Dekat aplikasi ni, korang boleh semak saman parking atau apa-apa saman under MBSA dsb. 


Kalau tetiba dapat SMS macamni dari Polis atau JPJ ker. Korang semak je saman korang dekat MyEG, lebih selamat.

Eh, dah boleh Renew Now, Pay Later lah. #tiber HAHA

Berhati-hati okay. Jangan terus percaya dan terburu-buru nak transfer duit dekat orang yang tak kenal tak tentu pasal. Sebelum buat apa-apa transaksi, sila siasat dulu 

Semoga kita tak mudah ditipu HUHU 😖

Okay guys, itu saja aku nak share.

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post