Haluu guys, good day! 😊

Baru-baru ni aku ada buat belian disebuah website. Dah berjaya buat bayaran, bila cek akaun duit berjaya ditolak tapi tiba-tiba keluar error macam ni dekat website tu, then payment jadi failed

Service Unavailable - Zero size object 😨

Ahh, sudah. 😂 

Semak status pembelian, bayaran masih pending. Bila tanya seller, dorang kata masih belum terima apa-apa bayaran dari aku. 😅 Alamak, duit dah tolak kot.

Bagaimana? 😕

Okay guys. Tak perlu risau.

Bila korang hadapi situasi yang macamni. Mula-mula korang tanya dulu seller, bayaran dah diterima atau belum? Kalau confirm diorang kata belum terima, kita terus hubungi bank.

Nak hubungi bank tu, korang tak payah call pun takpa. Message sajer pun okay.

Macam aku haritu, guna akaun Maybank. So aku dm Maybank di Facebook.


Bila dah dm tu, korang tunggu je reply dari pihak Maybank. Jangan risau, dorang mesti reply punya. 😁 Dalam masa setengah jam tu, Maybank pun reply aku punya pertanyaan. 👍


Pihak Maybank akan mintak kita details seperti,

Nama Penuh:
Nombor Kad Pengenalan:
Nombor Telefon:
Tarikh Transaksi:
Jumlah (RM):
Merchant:
FPX ID (16 digit nombor):

Macam Nama Penuh - Jumlah (RM) mesti semua dah tau kan? Untuk dapatkan details Merchant & FPX ID (16 digit nombor) tu, korang open Maybank2u kemudian Login > Account Details > M2U History


Merchant [Kotak biru]
FPX ID (16 Digit Nombor) [Kotak Merah]

Lepas tu, korang reply jer segala details yang Maybank mintak tadi melalui messenger



Then nanti, dalam masa 1-2 jam, wakil pegawai Maybank akan call kita balik untuk sahkan segala details.

Masa Maybank call tu nanti, diorang akan minta kita details seperti berikut. So korang standby jer.

  • Nama Penuh
  • No K/P
  • No Telefon
  • No Akaun Bank
  • No Kad ATM
  • Jumlah Transaksi
  • Nama Merchant

Bila semua sudah disahkan, pihak Maybank akan investigate payment kita ni samada sudah masuk ke Merchant atau duit kita tu akan dimasukkan semula ke dalam akaun. Proses akan ambil masa 2-5 hari bekerja.

So korang tunggu jelah.

Macam kes aku, dalam masa sehari jer duit dapat refund balik. Then, aku transfer semula pada seller. Selesai. 

In case kalau tiada refund, korang tunggu jelah pengesahan dari seller samada duit dah berjaya masuk atau tak. Atau mungkin pihak bank akan follow up dengan korang lagi. Korang tunggu jer 😁

Apapun, InshaAllah kes macam ni mesti setel punya. Dont worry. 😍

Okay guys, itu saja nak share! 😉

Adios,
ASTraveller.com

Post a Comment

Previous Post Next Post