Salam guys, good day! 😁

Apa khabar, sihat ke? Dah masuk bulan Disember 2021 ni guys. Cepat gila kan masa berlalu. Perit lak rasa, 2 tahun berlalu gitu ajerrr. 

HUKHUK 😖😫 

Er, jom-lah kita terus ke topik 😁

Gamer [Sumber Gambar: Google]


Kalau kita tengok tajuk kali ni, macam menarik kan? Suka main game, then boleh buat duit sekali. FUH 😆 Main game jer, boleh dapat duit. Memang best HAHA

Biasanya, kalau main game ni orang kata buang masa

Eh, ko ni asyik main game je. Buang masa lah!


Tapi, zaman sekarang lain beb. Ramai gamer-gamer kat luar sana main game, siap boleh buat side income sekali. Ada jugak yang memang dah  fulltime gamer, makan gaji tiap bulan hasil daripada bermain game di facebook jer. Memang asyukkkk! 😎

Serius ahhhhh, main game jer boleh buat duit? 

Ye, seriuslahhhh. Aku dah cuba, dan memang berhasil. Alhamdulillah 😁

Ini dia hasil yang aku dapat daripada Facebook sepanjang aku main game.

Tadaaaaa...



Alhamdulillah, selama main game ni. Dapatlah juga hasil ekekekke. So, takdalah orang kata nak buang masa sangat main game sebab memang buat boleh duit sekali 😁

Dapatlah juga RM435.44 masuk akaun. Siapa nak bagi kan? 😎

Macamana nak buat tu, main game jer boleh dapat duit?

Okayy, actually memang ada cara dia. Dengan syarat, time korang main game tu kena buat live streaming sekali lah. Kalau korang main game sorang-sorang dekat facebook, sampai kiamat pun takkan dapat hasil 😆 Jadi, nak main game dan boleh buat duit ni korang kena tahu dulu apa itu Facebook Gaming & Live Streaming

Facebook Gaming & Live Streaming

Aku terjebak dengan dunia gaming ni, sejak awal tahun lagi. Disebabkan Covid melanda satu dunia, aku rasa PKP ni dah macam PKP till jannah jer masa tu.. Terpikir jugak, dari tak buat apa main game sorang-sorang kat rumah, tanpa hasil. Lebih baik aku main game dengan hasil. Takdelahhh orang kata,

buang masa jelah ko ni 😂

So, dari situ aku search lah. Bagaimana gamer dekat facebook boleh buat duit dengan bermain game. Cari punya cari, dapatlah jawapan. Then aku pun try! 😎

Masa mula-mula buat live stream tu. Memang bisu gila stream. Orang masuk stream kita pun, kita jawab dekat komen je. Suara takda HAHA. Then lepas sebulan macamtu, baru start nak respon viewer sikit-sikit dengan suara. Tapi, biasalah noob kan? Masa tu pakai earphone sendiri jer, masa live stream pun boleh dengar semua bunyi termasuk ayam berkokok dekat luar rumah HAHAHAHA. Kelakar 😂

Dengar ehh suara ayam berkokok 😅

Tak boleh jadi ni, kena search lagi apa perlu ada kalau nak buat live streaming. Then lama-lama, aku beli la headphone yang okay sikit. Headphone gaming yang siap ada function Noise-cancelling. Senyap sikit stream bila nak bercakap dengan viewer, takdelah dengar bunyi ayam tu sangat 😂

Dalam video bawah ni adalah headphone yang aku beli selepas 5 bulan buat live stream. Upgrade sikit-sikit guys 😘


TUP TAP TUP TAP

Sampailah sekarang aku masih on stream sambil main game, dan dah dapat pun hasil pertama setelah hampir setahun main game 😁

Memang fun gila. 💓

Eh, maleh-lah aku nak cerita pasal ni sebab panjang cerita-nya WKAKAKAA 😂

Apa perlu ada kalau nak main game sambil live stream?


Biasanya, bila nak buat live stream. Mesti orang akan pikir dan cakap, 

Ala, kalau buat live stream nak kena ada PC. Aku mana ada PC weh. 😓

Actually, tak perlu PC pun korang dah boleh live stream. So, kat sini aku nak share benda basic yang perlu korang ada kalau nak start buat live stream dekat facebook.

Korang kena ada,
  • Smartphone
  • Earphone / Headphone
  • Internet
  • Akaun Facebook
  • Aplikasi Omlet, Turnip

At least, 5 benda ni korang kena ada okayy. 

Apa perlu buat, kalau 5 benda basic ni dah ada?

Okay, kalau dah ada semua benda diatas. Korang kena create Page Gaming Video Creator pulak, untuk buat duit dengan facebook. Kalau korang buat live dekat akaun personal facebook, memang tak boleh lah nak buat duit. Sebab di akaun personal, memang tak boleh. So tak boleh lah guys 😆

Tujuan kita create page Gaming Video Creator, adalah untuk kita sign up Level Up program dari facebook. So dari program Level Up ni lah kita boleh main game sambil buat duit HEHE


Lepas korang sign up Level Up program ni, semestinya korang kena ikut syarat untuk dapatkan badge Level Up di page korang tu, macam dalam gambar kat bawah ni,


Selagi tak dapat badge Level UP tu, selagi tulah korang tak bole buat duit guys 😏 

Bagaimana nak dapatkan badge Level UP di page?

Facebook kata kalau nak dapatkan badge Level Up tu. Korang kena,
  • Aktifkan page tu sekurang-kurangnya 14 hari (18tahun keatas)
  • Kena ada sekurang-kurangnya 100 followers
  • Kena buat live stream di page selama 4jam (total) dalam masa 2 minggu

Tu jer, simple.

Dah cukup syarat dari facebook nanti, muncul lah badge Level Up tu dekat page korang dan button star pun akan muncul nanti bila korang live stream. Dan masa tu lah viewer yang tengok korang main game boleh donate star pada korang. 


Dah cukup 10K star terkumpul daripada viewer, dapatlah korang income dari facebook. Gituuu 😎 Facebook akan bayar korang masuk duit star ke dalam akaun apabila star korang dah cecah kepada 10K star. 

10K Star = 100USD

Lebih banyak star korang dapat, lagi banyakla nilai income yang korang dapat. Actually, jumlah star yang korang dapat adalah bergantung pada viewer nak donate pada korang. Sekali viewer send, adalah 10 star. Ini adalah nilai minima star  yang boleh diorang send pada kita. 😁 

Apapun, ini semua bergantung pada rezeki guys. Kena layan baik-baik bila ada viewer yang datang tengok kita main game. Ada rezeki, ada lah star yang korang dapat. Kumpul lah sehingga mencecah 10K star dan tunggu lah secara automatik duit yang akan masuk dari facebook 😁

Facebook akan bayar kita melalui Akaun Bank atau akaun Paypal. Maklumat akaun bank atau Paypal tu, memang korang kena isi nanti dibahagian payout. Wajib isi. Kalau tak isi, bagaimana facebook nak transfer duit kan? 😁

Cara nak buat live stream dengan Omlet atau Turnip, korang boleh rujuk disini


Actually, bukan 2 aplikasi ni je yang boleh korang guna untuk buat live stream. Banyak lagi aplikasi yang boleh korang guna. Google je nanti.

Antara game popular yang korang boleh stream adalah,


Banyak lagi game actually. Korang boleh search. Pemilihan game juga memainkan peranan yang penting. Kalau korang stream main game Candy Crush, nanti takda orang minat nak tengok pulakkk 😂

Okay gusy, itu saja nak share. Selamat mencuba! 😎

Jangan lupa follow JT Gam×ng okayyyyy

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post