Kali ni, aku saja nak share..
Bagaimana cara kita nak tahu, seller tu trusted atau tidak?
Tips yang aku nak share ni, adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai pembeli online tegar HAHA 😆 Dan aku sendiri pun adalah salah seorang online seller yang dah lama jugakla berkecimpung dalam dunia bisness online ni.
ehemmmm
Lama lah sangat, walaupun sampai sekarang masih belum jutawan lagi HAHA 😂
Okaylah, jom terus ke topik.
Actually, ramai jugak yang tanya aku.
Bagaimana cara kita nak tahu seller tu trusted atau tak? Aku ni selalu kena tipu dalam facebook, instagram, WhatsApp dsb
😅
Naya jugak, kalau dah selalu kena tipu kan? Kena scam. Menyirap!
Tapi, memang betul guys. Dekat luar sana tu ramai je scammer buat kerja menipu orang ramai. Janji masyuk.. Tak pikir yang dia dah menginaya orang lain. HUHU
Tips bagaimana kita nak tahu dia tu trusted seller atau tidak, korang follow jer langkah-langkah berikut sebelum membuat keputusan untuk beli.
Tips Bagaimana Nak Tahu Online Seller Itu Trusted Atau Tak?
No. Telefon
- Kalau korang ada no fon dia, korang copy no fon dia tu then pergi seacrh dekat Google Search. Kalau dia memang seller yang dah lama atau trusted, dengan no fon jer mesti dah keluar segala info perniagaan yang dia buat. Contoh seperti dibawah
- Kalau dia scammer, dekat Google Search mesti ada keluar yang dia pernah tipu orang. Itupun kalau ada orang viral kan lah 😆
Kalau kita search no telefon dia, tak jumpa apa-apa info di Google?
- OK, kalau tak jumpa di Google Search, korang try search di Facebook. Tak jumpa juga? Batalkan niat untuk membeli dengan dia, atau pilih untuk COD (Cash On Delivery) saja. Tolong jangan terburu-buru nak transfer duit. HUHU 😏
Biasanya online seller yang trusted, mesti sekurang-kurangnya ada Website atau Facebook Page, atau apa-apa akaun di media sosial untuk menjual online. Mesti ada punya 😏 Kalau takda langsung? Ah, korang batalkan niat untuk membeli.
Kalau seller pakai no luar negara?
- Ah, yang ni korang jangan layan terus.
Facebook Page / Facebook [Personal Acc]
- Bila dah jumpa dia punya Facebook Page, korang tengok dia punya Likes Page ada berapa orang. Kalau ramai, korang tengok pulak dia punya Review [+ve Feedback] dari customer yang dah pernah beli dengan dia.
Review atau +ve Feedback dari customer yang pernah berurusan dengan seller sangatlah penting sebelum kita membuat keputusan untuk membeli dengan seller tersebut. Ingat tu? 😏 Kalau kita tengok, banyak -ve Feedback dari customer, so batalkan niat untuk membeli. Okay? Seller ramai weh, bukan dia sorang jer. Cari yang trusted.
- Kalau dia takda page dan dia hanya ada personal account [Facebook], korang stalk-lah dia punya Facebook. Nampak macam okay je status dia, ramai kawan dalam friendlist dan akaun dia create pun dah bertahun-tahun lamanya. Macam okay dah tu, tapi baru 60% trusted tau 😏 Stalk habis-habis okay. Then kalau korang jumpa, account Facebook dia macam baru di-create. Profile kosong, atau banyak hidden info better batalkan saja niat nak membeli dengan dia. Kalau nak juga, sila pilih cara COD [Cash On Delivery] lebih selamat.
No Akaun Bank
- Let say kalau time WhatsApp/SMS tu, dia bagi terus no akaun bank untuk transfer. Korang copy no akaun tu, then cari dekat Google Search macam korang cari info guna no telefon dia tadi. Kalau no akaun tu pernah tipu orang, mesti akan keluar di Google search tu tadi.
Lagi apa eh? 😆
Setakat ni, 3 benda ni saja aku akan buat sebelum membeli barang dengan online seller. Orang kata, stalk la habis-habis mana-mana akaun di media sosial. Akaun Facebook, Youtube, Twitter, Blog, Shopee, Carousell, Lazada, Website dsb. Kalau dia memang seller mesti akan ada sekurang-kurangnya 1 akaun di salah satu platform di media sosial. Mesti ada punya. Zaman IT ni weh, semua dihujung jari jer. Orang nak menipu kita pun, dihujung jari juga kan tak payah face 2 face 😏
Sebelum aku end posting, bagi yang nak membeli juga dengan seller yang tiada langsung apa-apa akaun di media sosial. Korang pilih jer cara COD [Cash On Delivery]. Bayar masa lepas tengok barang.
JANGAN SESEKALI TERUS BUAT ONLINE TRANSFER, kalau dah stalk akaun seller pun masih samar-samar, kurang yakin.
Nak COD pun, perlu berhati-hati. Sebab kes tipu masa COD pun ada je guys. Banyak berlaku. Kalau boleh, nak COD tu pilih tempat yang ramai orang dan kalau boleh jangan pergi seorang diri. At least bawa sorang lagi kawan temankan. Okay? 😁
No Telefon, Review / Feedback Customer, Akaun Bank, Cash On Delivery
Okaylah, tu je nak share.
Babai!
Adios,
Post a Comment