Haluuu guys, good day! 😍

2 hari lepas, cuti sempena Maulidurrasul aku dan family pergi bercuti dekat Chalet Latip D'Ayer Hitam, Batu Kurau Perak. Cuti dekat-dekat jer ni guys, belum rentas negeri lagi 😋

Last minit punya plan, alhamdulillah dapat jugak booked dan bercuti dekat situ.

Chalet Latip ni rupanya viral ek, aku baru tahu HAHAHA! 😂

Tadaaaa,



Cantik kan? 😃

Aku bertolak dari Kuala Kangsar ke Chalet Latip D'Ayer Hitam, Batu Kurau mengambil masa dalam 1jam 30minit, 75km. Dekat rupanya dari kampung. HAHA baru tahu ada tempat cantik macamni 😆

Check-in jam 3pm dan perlu Check-out jam 12pm.

Aku stay selama 2D1N jer tak lama, jadilah kalau nak merasa kan? Sebab the next day, aku pergi ke Kuala Sepetang pulak jalan-jalan HIKS 😁

Sepanjang perjalanan, dari Taiping ke Ayer Hitam memang hujan. Aku dah agak, memang tak boleh lepak-lepak mandi sungai la petang tu. So shoot video jelah, dan jalan-jalan jela tepi Cottage amik gambar. Then lepas tu makan-makan, lapar wehh sebab hujan. 😆

Penginapan

Dari segi penginapan, kami pilih Cottage For 10 sebab kitorang ramai. Semalam RM350. Cottage yang kitorang stay, takde view sungai sebab dah full. Just nature view jelah yang kitorang dapat, then ada la juga dengar deruan air sungai mengalir dibelakang Cottage hihi. Not bad 😄

Untuk penginapan, actually ada beberapa pilihan yang kita boleh pilih. Antaranya;

✓Penginapan:  

Cottage Family: RM350/night [River View ✓] 
Cottage For 10: RM350/night [River View ❌] 
Deluxe Rooms: RM150/night [River View✓] 
Super Deluxe Suites: RM250/night [River View✓]

Lebih details korang boleh ke website https://www.chaletlatip.com/

Berikut adalah kelengkapan yang ada pada Cottage For 10 yang kitorang stay. Sangat selesa!

Ground Floor

✓ 7 katil (2 Double Dacker, 3 Single Bed)
✓ Aircond
✓ TV
✓ Cermin
✓ 3 Plug Point
✓ 2 Bilik Air 
✓ Kettle
✓ Iron
✓ Towel
✓ Penyapu & kain lap
✓ Meja kecil bersama beberapa Coffee 3 in 1 free



Bilik air ada 2. 


Satu bilik air jer yang ada Water Heater, Sink & Cermin. Satu lagi takda.

1st Floor

Tangga dia tinggi gila guys. Menjunam. Mula-mula, aku pun gayat. Lama-lama OK. KAHKAH 😂


2nd Floor

✓ 3 Single Bed
✓ Aircond
✓ 2 Plug Point
✓ Tingkap (Nature View)


Hadapan Cottage For 10

✓ Parking Space

Untuk parking kereta, kita boleh je parking dekat mana-mana dalam area chalet ni. Tapi sebelum tu, masa nak booking pihak pengurusan akan mintak kita plat nombor kereta. Hanya plat nombor yang ada rekod pengurusan chalet je boleh dibawa masuk.


Belakang Cottage For 10

✓ Ada meja & kerusi
✓ Boleh ber-BBQ 

Untuk ber-BBQ, better tanya pihak pengurusan. Takut kena add-on pakej makan atau memang sesuka hati je boleh BBQ. Sorry guys, yang ni aku tak pasti sebab aku tak ber-BBQ pun. Aku cuma ternampak orang sebelah jer yang ber-BBQ 😂


Hari Pertama

Time aku pergi ni, hari pertama memang hujan. So tak kemana sangat. Suasana agak sejuk sikit la dan berkabus


Belah malam, aku keluarlah jugak sebab nak tengok view malam. Memang nice eh disepanjang cottage tempat aku stay walau takda view sungai. Cottage colorfull dan berlampu, memang nice 💓


Nice kan?

Hari Kedua

Hari kedua ni, cuaca agak baik. Memula pagi tu macam nak hujan, tapi tak jadi. Alhamdulillah. So, dapatlah kitorang lepak tepi sungai bawak anak buah mandi ramai-ramai. 😁 Sungai memang cantik, jernih dan sesuai lah untuk bawa budak-budak mandi.

Taadaaaaa,


View dekat sungai ni memang cantik gilerr, rugi kalau korang tak bergambar dekat sini.


Dekat area sungai ni ada Pandak Cafe. Harga tak pasti samada mahal ke tak. Tapi yang pasti, ayah aku try minum teh tarik secawan, hanya RM1 jer. Murah giler pulak HIKS 😄 

Best lah kan, kalau dapat breakfast dekat tepi sungai, view plak nice 💓

Errr memang rugi aku tak pergi cafe pagi tu, sebab memang dah breakfast siap-siap dekat Cottage, beli luar. Aku ingatkan tiada cafe dalam Chalet ni. HAHA That's beli siap-siap untuk breakfast 😂

Rupanya ada cafe, cehhhhh! 😆

Pandak Cafe

Nice kan?

Ni pulak, belah depan dekat dengan Pejabat Pengurusan Chalet Latip


Overall?

Memang best. Berbaloi dengan harga. Sesuai-lah kalau korang nak bercuti sekali-sekala bersama keluarga. 

Cuma satu jelah tak best, coverage untuk internet kureng okayyyy. Macam aku, guna Celcom haritu kejap laju, kejap slow. Kalau stay dalam cottage first floor memang kureng habis. 2nd floor, kadang-kadang okay, kadang-kadang cam hampeh. 😂

Dekat cottage takda WiFi ek. Pandai-pandaila korang HAHA! 😆

Ada rasa nak pergi tak? 😁

So, pada siapa yang nak bercuti kesini boleh la contact nombor dibawah;


Untuk video, korang boleh tonton di Youtube


Haaa, ni ada satu lagi peringatan untuk semua pengunjung Chalet. Korang kalau stay, then ada barang rosak atau hilang. Korang bayarlah ganti rugi pada pihak Chalet. Berikut adalah caj yang akan dikenakan pada setiap item yang hilang atau rosak HAHA 😆


Okaylah guys, itu jer nak share 😁

Selamat bercuti 💝

Adios,

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post