Salam, guys. Good day! 😁

Pagi ni saja aku nak share, bluetooth speaker yang aku beli bulan lepas kalau tak silap, iaitu JBL Go 3 (Squad Version). Macam biasa aku beli di Shopee jer

Kenapa mesti bluetooth speaker, kenapa tak dengar di radio atau dengar lagu dekat smartphone jer? 😂

Okay, first kenapa aku ter-beli bluetooth speaker ni sebab dia kecil, ringan, portable, mudah nak bawa kemana-mana. Aku ni style yang suka bercamping at least 2D1N masuk hutan, so bluetooth speaker ni agak menarik bagi aku.

Kenapa JBL Go 3?

Haaaa, part yang paling best bagi aku. Aku beli bluetooth speaker JBL Go 3 ni sebab ianya waterproof dan dustproof. So aku tak perlu lah risau kalau speaker ni terkena hujan, terjatuh dalam air ke atau terkena pasir pantai. Dalam air pun masih bole dengar muzik, uhhhhh tahan lasak weh 😁 

Seriously, memang sesuai untuk seseorang yang suka buat aktiviti outdoor terutamanya camping masuk hutan sambil dengar muzik everywhere 😍 

Tadaaaaa,




Harga pasaran adalah RM219. Kalau korang bernasib baik, korang akan dapat harga lebih murah dari harga pasaran 😀 Rajin-rajin lah usha Sales dekat Shopee

Apa yang kita dapat dalam 1 kotak yang berharga RM219 ni?

  • Manual & Warranty Card


  • Type C USB Cable


  • JBL Go 3 Squad



Design

Dari segi design, memang agak nice, ringan dan mudah untuk bawa kemana-mana. Aku pilih Squad version ni, sebab suka color Camou, corak yang sesuai untuk outdoorian macam aku 😁

Actually, JBL Go 3 ni ada keluarkan beberapa color ikut minat masing-masing.







Sound & Bass

Dari segi sound, memang agak padu. Bass pun not bad guys. Kuatlah, memang kuat. Tak padan dengan size. Orang kata, kecik-kecil cili padi. Hahahhaha 😁

Nak on pun, tak perlu install apa-apa. On je bluetooth, connect dan terus play. 😎

Overall, aku puas hati. 

Untuk lebih details, korang bole view dekat sini atau bole tonton video dibawah


So, apa tunggu lagi guys. Rajin-rajin usha dekat Shopee, sebab JBL Official store selalu juga buat sales dekat sana. 

Okay, tu jer 😋

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post