Halu guysss. Good day! 😎

Pernah dengar Omlet Arcade



Dengan aplikasi ini, dengan semudah A B C jer korang dah boleh main game secara live. Siap boleh connect terus ke Facebook atau Youtube 😎 

Menarik kan? 

Sejak kebelakangan ini, ramai gamer-gamer diluar sana main game siap boleh buat duit. That's why, benda ni sangat trending sekarang ni. Termasuklah aku, dah terjebak sekali main game live di Omlet Arcade! 😍

Yang paling penting, Omlet Arcade ni percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Kalau nak yang berbayar pun, ada juga disediakan. Kalau bayar, banyakla lagi benefit yang kita dapat dari Omlet Arcade ni 😉

Bagaimana caranya? Mudah saja... 

  • Apapun, korang kena install dulu Omlet Arcade di Google Play Store



  • Dah install tu, korang open Omlet Arcade. Macam biasa register dulu.


  • Lepas register, korang mesti nak try live stream terus kan? So, pegi ke menu Live.


  • Lepas tu, pergi ke bahagian search dan cari tajuk game yang korang nak play



Contoh, korang nak main game Call Of Duty Mobile. So taip Call Of Duty.



  • Lepas tu, tekan PLAY NOW. Kalau belum install game tu dalam smartphone, sila install dulu.


  • Kemudian, tekan simbol Omlet Arcade yang kecik tu


  • Kemudian, tekan menu Live.


  • Then connect kan Omlet ni dengan Facebook korang, kemudian tekan NEXT. Tapi, pastikan korang dah create page gaming di Facebook dulu. Kalau tak nak create page pun, korang akan live dekat wall korang sendiri jerlah. Bukan di page. 😁


  • Describe your stream. Dibahagian ini, korang nak biarkan macam tu je pun boleh atau korang nak edit letak ayat sendiri untuk viewer korang pun boleh. Lepas tu, tekan START.


  • Kemudian, tekan START NOW



Selesai. Terus korang bole live streaming guna smartphone jer 😁

Simple kan?

Tapi dekat sini, aku nak ingatkan. Semasa korang on live di Omlet Arcade tu, jangan buka benda lain selain game. Sebab apa, nanti kalau ko tengah main game then ko open WhatsApp dan sebagainya, semua akan terpapar dekat live korang. Omlet ni macam Screen Recorder la. Apa yang korang buat, semua dia akan record 😊 So dekat sini, kalau korang nak open apa-apa atau nak off game. Jangan lupa stop kan live Omlet Arcade dulu. Then baru off game.

Selamat mencuba! 😀


Eh guys, korang jangan lupa support page gaming aku ya. Follow JT Gaming 😚

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post