Haluu guys! 😎


Kali ni, aku nak share lagi pengalaman berniaga di ebay dropship dari AliExpress 😆



Order yang aku proceed untuk buyer ebay dari Pennsylvania, United States tetiba cancel selepas beberapa hari shipment 😱




Kenapa? Why why? 



Try cek dekat website China Post pun, sama. Shipment cancelled. 😪




Terperanjat beruk jugak wehhh, sebab pertama kali berlaku.. 😅


Tracking semua dah update dekat ebay, tetiba pihak courier cancelled shipment. Uhhh!


Apa perlu buat kalau perkara macamni berlaku?


1) 1st korang jangan kalut sangat. Relax 😋


2) 2nd korang try chat dengan seller di AliExpress, apa tindakan diorang untuk order ini. Samada nak re-ship atau refund?


Macam aku buat haritu, try chat dengan seller ni memang tiada response langsung. Tak guna! 😆 Timbul jugak perasaan marah tuuu.. hahaha 😠😜

Pengajaran...

Kalau seller ni jenis memang langsung tak reply chat korang, ini adalah satu pengajaran. Nextime tak perlu dah buat dropship dengan dia, sebab memang bermasalah nanti kalau langsung dia tak response chat kita. Aku cakap macamni sebab, tak semua seller dalam AliExpress tu buat tak tahu jer bila kita chat dengan diorang. Yang mana rating feedback lebih dari 96% bagus, inshaAllah diorang memang akan reply pertanyaan kita di chatbox. 

Ini berdasarkan pengalaman aku berniaga di ebay, dah hampir setengah tahun lah pasal chat tak reply ni. 😬

Takdelah macam seller yang aku dapat ni, buat tak tahu jer apa-apa soalan yang kita tanya. Rating shop dia kurang dari 96% iaitu sebanyak 92% jer yang bagus, 8% lagi maybe tak bagus. Yang macam aku alami ni lahhh hahaha 😏


3) Ketiga, korang kena open dispute lah untuk refund balik duit. Sebab seller langsung tak response kan? 😏


Bagaimana nak open dispute?


Pergi My Order, then cari order yang korang nak refund tu. Dah jumpa, orang klik View Detail, seperti dalam gambar dibawah.




Kemudian, korang klik pada open dispute.




Lepas tu, korang bagi je bukti kenapa korang dispute. Seller tak response dan shipment cancelled dan sebagainya. Skrinshot dan send pada AliExpress masa dispute tadi. Nanti pihak AliExpress akan nilai dan buat keputusan.


Dispute history pun korang boleh tengok secara details. Kira macam kronologi kejadian lah ni 😁


Inilah bentuk kejadian yang aku alami. 😆 Place order pada 15hb November. Seller ship order pada 18hb November. Kemudian, pada 29hb November, shipment cancelled. 💔


Ceh! Gelabah jugak 😆 


Bila kita dah submit dispute tadi, dan refund accepted selepas beberapa hari dari AliExpress. Korang kena tunggu pulak duit refund untuk masuk ke akaun bank. Reminder, duit refund tu akan masuk dalam akaun bank kita dalam masa 3 - 20 hari tau.



Maksima 20 hari. Tunggu jelah, nak buat macamne kan?


Lepas korang setel dispute di AliExpress, jangan lupa refund duit buyer di ebay. Nanti kang tak pasal-pasal, kita dituduh scam duit orang. 😂


Cara nak refund duit buyer di ebay, melalui Paypal


1) Korang sign in Paypal


2) Klik pada buyer yang korang nak refund tu, dan klik pada Issue Refund atau Refund This Payment seperti dalam gambar. Bagila apa-apa reason yang munasabah pada buyer. 😎




Bila dah klik tu, automatik terus refund ke akaun Paypal buyer. Nak lagi cantik, korang dm sekali lagi pada buyer dekat ebay. Dan skrinshot bukti, yang mengatakan shipment cancel dari courier. Takdela dia ingat kita saja-saja cancel order kan. 😃


Selesai.


Harap duit aku dari AliExpress tu cepatlah clear. Banyak jugak ni, dalam US $ 55.39 😆


Sebarang pertanyaan atau apa-apa info yang korang nak share, boleh tinggalkan diruangan komen ya ✌ 


Adios,

ASTraveller.Com

4 Comments

  1. Aduh...memang sakit kepala if kena seller attitude macam ni = =
    May i know any response from that buyer tentang hal ni? So better we can source with seller with rating around 96%-99%....
    Anyway,all the best to you ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. seller rating around 96% and above akan reply kita punya chat. below 96% so so.. nasib

      Delete
  2. ada buat kelas cara cara nak berniaga dekat ebay n source brg dr aliexpress x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak. tiada. sy share pengalaman sy berjual beli di ebay dan share di blog. tu saja :)

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post