Haluu guys.
Pernah shopping atau buat dropship di AliExpress dan jual di Ebay?
Sesiapa yang biasa shopping di AliExpress, tentu tahu sedikit sebanyak kurier yang mereka (seller China) gunakan untuk hantar barang kepada kita. Tapi biasanya, kita sebagai buyer tak ambil tahu pun kurier apa yang seller gunakan. Yang penting kita dapat kos shipping paling murah atau free shipping dari China dan yang pasti barang tersebut selamat sampai ditangan. 😊
Tapi, kalau kita buat dropship dari AliExpress dan menjual di ebay, wajib untuk kita tahu kurier mana yang dorang gunakan bila kita pilih AliExpress Standard Shipping sebagai penghantaran barang pada buyer ke seluruh negara.
Masa mula-mula buat dropship di AliExpress sebelum ni, aku pun confused juga. Mana satu kurier yang dorang gunakan untuk pos barang-barang buyer, kalau kita pilih AliExpress Standard Shipping? Aku siap tanya pada seller China tu, dorang guna kurier apa. Mereka hanya jawab, AliExpress Standard Shipping.
Ish, tu aku tahu ler 😆
Kalau dah confused, kenapa masih pilih AliExpress Standard Shipping? 😏
Biasanya, sebagai seller dropship di ebay, perkara pertama yang mesti diambil kira adalah shipping kos. Kalau boleh kita nak yang paling murah atau free shipping penghantaran kepada buyer. Compare dengan kurier lain seperti DHL, EMS ePacket biasanya kos shipping adalah agak mahal berbanding AliExpress Standard Shipping. That's why, biasanya aku akan pilih AliExpress Standard Shipping. Cuma masalahnya, bila dah dapat tracking number dari seller AliExpress kita tak tahu kurier mana yang mereka gunakan sebagai penghantaran. 😳
AliExpress Standard Shipping tu kurier apa ya? 😲
Dekat ebay, once seller china update tracking pada kita di AliExpress. Kita pun kena cepat-cepat update tracking number sekali dengan kurier di ebay. Macam Shopee lah, kalau lambat update traking number akan kena penalty! 😬
Update tracking number di ebay, contohnya seperti gambar dibawah.
Tracking Number: 4209250592748927005455000085837332 (AliExpress Standard Shipping)
Klik pada gambar untuk zoom |
Aku nak try masukkan AliExpress Standard Shipping pada carrier, tapi tiada dalam sistem ebay. ermmm 😌 Inilah salah satu sebab kenapa dropshipper AliExpress yang menjual barang di ebay, perlu tahu kurier yang digunakan oleh seller dari China tuu... 😂
Kalau tak tahu, bagaimana nak update pada bahagian carrier tu kan?
Jadi aku google search jelah. Dah puas google untuk dapatkan spesifik nama kurier yang digunakan, aku terjumpa website ni ChinaPost Track. Dengan website ni, kita bole trace parcel dan kurier apa yang digunakan oleh seller China under AliExpress Standard Shipping
Fuh lega! 😁
Masukkan jer mana-mana tracking number, then....dapat!
Bila dah masukkan tracking number tadi, korang akan nampak perjalanan parcel tu dan senarai kurier yang dorang gunakan.
Seperti dalam gambar dibawah, parcel yang dihantar pada seorang buyer akan lalui banyak process sebelum betul-betul sampai ke last kurier untuk hantar ke destinasi. Antara kurier yang digunakan untuk sorang buyer aku dari California, USA ni adalah Global Cainiao China, then pass ke NewGistics USA dan seterusnya pada USPS USA untuk hantar barang pada buyer. Fuh patutla makan masa agak lama 😌
So daripada 3 kurier yang terlibat, aku pilih USPS USA untuk masukkan dalam ebay 😁
Kalau korang masukkan, tapi masih tiada update. Biarkan je dulu. Dalam 5-7 hari mesti ada update dekat ebay. 😃
Yang mana masih confused pasal kurier yang digunakan kalau dapat tracking dari AliExpress Standard Shipping, korang dah tak perlu pening dah. Semak jer dekat CHINAPOST Track, gerenti selesai! Ataupun ada lagi beberapa website yang kita boleh semak details tracking, antaranya:
Untuk buat dropship, bisnes tanpa modal. Korang boleh baca disini, https://www.astraveller.com/2020/11/jana-duit-tanpa-modal-dengan-smartphone.html.
Untuk mula berniaga di ebay, korang baca sini, https://www.astraveller.com/2020/08/bagaimana-nak-menjual-di-ebay.html
Semua yang aku tulis, adalah berdasarkan pengalaman. Aku bukan cikgu ebay, cikgu dropship okayyyy 😁
Selamat membaca! 💋
Adios,
Thanks for sharing ya, very useful info for us!
ReplyDeletemost welcome :)
DeleteThanks for sharing ! pening jugak pikir selama ni. Semoga admin terus sukses..
ReplyDeleteSama2 :D inshaAllah aminnn
DeleteSalam. Hai teruka tgk dropshipping to ebay via aliexpress. U masih buat dropship mcm ni ke. Ke dh stop? Hee so far ok ke? Sorry tanya byk..
ReplyDeletewslm, not bad. tp skrg stop dulu. nti baru buat balik inshaAllah.
DeletePost a Comment