Haluu guys.
Lately, ramai antara kita terkena dengan panggilan dari scammer. Macam-macam panggilan lah. Aku sendiri pun banyakali dah dapat panggilan dari scammer.
Dari mahkamah lah, dari Telekom Malaysia lah, dari Pos Malaysia lah..
Yang paling banyak sekali, adalah panggilan dari Pos Laju.. Rupa-rupanya diorang adalah scammer yang cuba nak tipu duit kita, dengan menggunakan nama Pos Laju
Aku pernah bercakap lama, dengan staff Pos Malaysia yang kononnya diorang kata barang aku ada sangkut di Kastam Sabah. 😓
Ye, memang aku banyak pos barang ke Sabah/Sarawak. Maklumlah online seller kan. hahah. Nasib baik tak terpedaya dengan tipu helah diorang. Bila dia call kata aku ada pos I/C bersama Kad bank dalam bungkusan, dan barang tak lepas di kastam. Siap mention ini kes jenayah.
Aku pun pelik, masa bila pulak aku pos IC sendiri dengan kad bank? 😕
Siap dia mintak No I/C aku semua. Aku pun bagi lah 😂 Actually I/C yang aku bagi, tak betul pun. Sebab aku rasa macam something wrong somewhere
Dia pun haaaa kan jer haha 😆
Then aku pula mintak dia bacakan alamat sender semua dekat parcel. Then dia bacakan. Nama betul dah. Cuma alamat, dia bagi alamat Kepong, KL. 😏 Aku bukan stay kat Kepong pun. Jeng jeng jeng... Dekat sini, nampak dah dia cuba menipu. Then aku mintak pula details staff dia di Pos Malaysia. Nama penuh, No pekerja dsb.
Last last, masa mintak no pekerja dia terus letak telefon. 😁
See. Tau takut. hahaha
Aku pernah je terima panggilan yang betul-betul dari Pos Laju KLIA, sebab barang aku tak dapat nak dihantar ke Sabah.. Ada barang macam spray/gas dalam tu. So tak lepas then dorang akan return barang tu kepada alamat sender. Masa dia call tu, direct je bagitau nama sender berserta alamat penuh (sebijik dia sebut ikut apa yang ditulis atas parcel), then terus je dia cakap, Pos Laju akan return barang semula ke alamat sender. 😆
Tak pula dia melalut, cakap barang sangkut di kastam dan disabitkan kes jenayah keatas barang tu. Then takda pulak dia mintak I/C bagai. Permulaan call tu, takda pulak operator cakap bla bla bla, dan tekan 0 (kosong) untuk bercakap dengan pegawai bla bla bla.
HA HA HA! 😌
Pos Malaysia pun dah notis, pasal scam yang menggunakan nama Pos Malaysia
Thats why, kekadang nombor tak kenal aku tak angkat. Ataupun korang install je True Caller di Google Playstore, inshaAllah akan membantu juga.
Free je True Caller ni. Kalau nak beli yang Premium (berbayar) pun boleh. Lagi banyak kelebihan biasanya kalau yang berbayar ni. Bagi aku, yang free ni pun dah cukup untuk tahu panggilan tu dari siapa. 😎
Di True Caller Aps ni, korang akan tahu panggilan tu dari siapa, samada scammer atau true caller. Bila call masuk dari scammer, dia akan keluar macam ni
Ramai report dia ni scam, so tak payah angkat atau block jer terus no ni..
So, apapun korang kena hati-hati. Kalau tetiba kata kita ada hantar barang tak lepas ke apa, dan dikenakan caj yang tak munasabah korang jangan layan jer. Setakat ni, yang pernah aku alami. Kalau barang tak lepas ke apa, dorang akan return ke alamat sender. Melainkan memang korang ada pos ketum, dadah atau barang-barang terlarang yang melibatkan jenayah. 😂
Tapi secara logiknya, takkan ada penjenayah yang berani hantar barang terlarang melalui kurier. Nak mampus.. 😆
Berhati-hatilah dengan panggilan dari scammer weh! Samada call dari handphone / telefon rumah.
Musim wabak Covid-19 ni, mudah jer scammer nak cari duit. Dahla susah kita nak dapat duitkan? Moga semua orang boleh alert la dengan panggilan yang macam ni.
Adios,
Post a Comment