Haluu guys.
Pernah dengar E-Consignment Note Pos laju?
Pos Malaysia sekarang, dah mula nak buat cara baru untuk pos barang melalui aplikasi Pos Laju. Tak perlu lagi isi borang dah lepas ni. Just key-in data sender dan receiver melalui aplikasi Pos Malaysia dan terus print di Kiosk / mana-mana cawangan yang menyediakan servis ini. 😀
Untuk permulaan, maybe tak semua Pos Laju kot yang boleh print QR Code ni. Mungkin dalam masa terdekat selepas hari pertama penggunaannya, semua cawangan perlu ada! 😬
Borang pos laju yang lama |
Actually, e-consignment note ni baru nak mula esok. Sebelum ni, kalau nak pos masih lagi menggunakan borang Pos Laju yang biasa tu. So bermula pada 17 August 2020, Pos Malaysia tidak lagi menggunakan borang, just guna aplikasi jer. Semuanya dihujung jari 😎
So kali ni, aku nak share-lah cara-cara nak pos menggunakan e-consignment note walaupun aku masih belum start guna lagi. hahaha! Nak tak nak, kiter kena belajar jugaklah kan? Sebab lepas ni, dah tak pakai borang Pos Laju yang lama tu dah wei 😂
Bagaimana nak menggunakan e-Consignment Note Pos Laju?
1. Download aplikasi Pos Malaysia (Pos Mobile App) di Google Play
2. Pilih New Consignment
3. Masukkan Outlet Pos Laju yang berdekatan
Aku search Pos Laju area berdekatan, area Kuala Kangsar.
4. Masukkan Sender Info (Maklumat Penghantar)
Klik Next.
5. Receiver Info (Info Penerima)
Pertama, sebelum memasukkan maklumat penuh penerima (Receiver Info), klik pada City dan pilih mana-mana area yang berdekatan dengan alamat penerima seperti dibawah,
Dah pilih area tu, korang lengkapkan alamat penerima (Receiver Info) dan klik Next
6. Parcel Info (Maklumat Parcel)
Isi maklumat seperti berat barang, barang apa yang nak dihantar dan nilai (RM) barang yang hendak dihantar. Kemudian klik Next
7. Summary
Tick pada I certify that ..... Kemudian klik generate.
8. QR Code
Bila QR Code dah generate, korang pilih jer samada nak scan & print terus (Scan & Print) atau pilih Save To My Parcel untuk print kemudian di Pos Laju. Macam aku, aku pilih Save To My Parcel dululah sebab nak print kemudian di Pos Laju nanti 😊
Cara Nak Print QR Code di Pos Laju
1. Jika korang dah pilih Scan & Print untuk scan terus di Pos Laju tadi, akan terpapar Please scan the QR Code on the printer to print seperti dibawah
QR Code tu maybe korang bole scan di printer yang disediakan oleh Pos Laju. Aku rasa, QR Code tu ada lekat diatas printer kot. Tak pernah cuba lagi 😂
2. Jika masa isi e-consignment tadi, korang pilih Save To My Parcel. So kalau nak cari balik data yang kita save tadi, korang open Aplikasi Pos Malaysia. Lepas tu klik pada menu seperti skrinshot dibawah
3. Kemudian pilih Track & Trace
4. Pilih consignment mana yang korang nak Scan & Print
Akan terpapar Price Summary.
5. Kemudian klik SCAN & PRINT
Scan QR Code & Print. Lepas tu terus bayar di kaunter.
Selesai! 😀
Moga cara baru yang lebih canggih ni, akan memudahkan kita semua berbanding dengan cara lama ❤
Pstttt, actually JT Express dah lama apply e-consignment via app ni. Pos Malaysia baru nak buat 😀 Bagus juga, sebab aku jarang pos guna JT. Biasa Pos Laju jer. So dari sini dapat gak aku belajar benda baru bagi aku 😆 kahkahkah!
Tonton Video disini,
Adios,
ASTraveller2020
Done follow #447
ReplyDeleteMaklumat terkini yg patut semua orang tahu. Bagus pos malaysia dah upgrade, sebelum ni lama sangat duk kaunter isi borang,yg ni lagi senang.
Tq follow. Ya bagus dorg dah upgrade. Senang utk pengguna 😁
Deletevegy good post;)
ReplyDeletethank you ;)
DeleteArtikel yang bagus tentang konsinyasi dan aplikasinya yang ok. Sorry baru mampir ke blog ini, baru aktif ngeblog juga
ReplyDeleteTerima kasih :) Salam kenal ya!
DeleteHello from Turkey! :)
ReplyDeleteI followed you #450 :)
Hello! Thank you for following here! :) have a nice day!
Deletewah mudahlah lepas ni
ReplyDeleteYa mudah. Nti dtg pos ofis cuma scan dan bayar jer
DeleteNk tanye,boleh Tak nk print sendiri bile guna aplikasi tu?😅
ReplyDeleterasanya tak boleh sbb tracking number yg keluar connect dgn sistem pos laju..
DeleteHi.. reference number tu sebagai tracking number ke ?
ReplyDeleteref number tu bkn tracking number. tracking number akan generate bila Pos Laju da scan QR code tu :)
DeletePost a Comment