Assalam guys.

Apa khabar, lepas Covid-19 melanda ni? Alhamdulillah negara kita, tak lama lagi bebas dari wabak ini, inshaAllah. Semoga kita semua baik-baik saja.

Posting kali ini, aku nak share sikit pasal FlexiPack. Pernah dengar tak?

Ok, FlexiPack ni adalah penghantaran parcel ke luar negara dan ianya adalah salah satu servis yang disediakan oleh Pos Malaysia Bhd.

Kenapa FlexiPack?

Sebelum menjual di Ebay, aku dah start riki-riki dengan courier yang mana paling ngam dan bagaimana nak pos ke luar negara. Biasalah, kalau dah berniaga di Ebay atau lain-lain platform online antarabangsa, proses penghantaran ke luar negara dan kos nya pun kita kena tahu.

Kalau tak tahu, bagaimana kita nak hantar barang kan?

So, start dari sini aku mula buat research. Nak pos pakai apa dan kos. Bagi aku, servis dan kadar caj yang sangat berbaloi adalah pilihan.

Google punya google, terjumpa la servis FlexiPack ni. Murah dan servis nya pun agak memuaskan.

Tadaaaaa, ini dia FlexiPack

FlexiPack ni ada dua jenis, samada dalam bentuk Flyers (macam Pos Laju tu) atau pun dalam bentuk kotak.

Harga dia memang murah berbanding Pos Laju International biasa.

Pernah tanya sendiri di kaunter Pos Laju, barang yang beratnya 146g untuk dihantar ke US adalah RM200+

Mahal gila kan kalau guna Pos Laju biasa.

Tapi dengan menggunakan FlexiPack, total penghantaran yang aku hantar ke New York, US haritu adalah RM32.50 sahaja.

Jauh lebih murah kan?

Dimana nak dapatkan FlexiPack ini?

FlexiPack biasanya ada dijual di Pejabat Pos sahaja. Kalau di Pos Laju (kiosk dsb) tu biasanya takda. So, nak beli flyers / box FelxiPack, korang digalakkan terus ke Pejabat Pos.

Berikut adalah senarai harga flyers / box mengikut negara yang hendak dihantar.

Atas ni, harga flyers (envelope) / box sahaja mengikut berat barang, tanpa tracking number. Untuk mendapatkan tracking number, korang kena beli lain. Nak beli, korang bagitau jer, saya nak beli tracking number sekali.

Untuk tracking number, harganya adalah RM13.50 setiap satu. Tracking number ni penting untuk track barang yang korang hantar. Kalau korang taknak beli tracking pun takpe sebenarnya, tapi jika dah sampai dekat pelanggan dan pelanggan kata masih tak sampai macamane? Susah kan sebab tiada rekod.

So, aku sarankan korang wajib beli tracking number :)

Dah beli Flyers / Box dan tracking number, korang kena la isi details dekat flyers tu. Nama alamat dsb. Aku beli flyers XS untuk berat barang kurang 150g berharga RM18/pcs.


Kalau flyers ni, dia takda bagi borang untuk tulis alamat, terus je tulis atas flyers.

So tak galakkan guna pen biasa. Nak tulis kena tulis dengan Marker Pen (Permanent) ye. Supaya tulisan tak hilang dekat flyers tu..

Macam aku guna, Marker Artline 700 (mata halus)


Jom isi!


Dibahagian depan flyers, tuliskan details Nama Pengirim dan Nama Penerima macam biasa. Lengkap tau. Kalau dibahagian emel pengirim tu perlu la ada. Kalau emel penerima, tak perlu pun takpe. Yang lain wajib isi.

Yang ni, bahagian untuk lekat tracking number yang dibeli asing tadi.

Tracking Number

Belakang Flyers (Customs Declaration)


Yang ni aku isi dibahagian,

3. Customs Declarations (Pengisytiharan Kastam)
4. Category of Items (Kategori Item)
6. Declaration (Pengakuan)

Contoh seperti dibawah,


So lepas siap isi semua, korang kena drop parcel dekat Pejabat Pos sahaja. Kiosk Pos Laju dorang tak terima kot.

Jangan drop dekat mana-mana box, hanya dikaunter je ye :p

Dorang akan timbang semula parcel yang kita nak hantar tu dan masukkan details kita dari flyers yang kita tulis ke sistem.

Aku punya parcel lepas timbang, lebih dari berat asal 149g kepada 160g. So dorg caj aku RM1 sebab terlebih berat 10g hahaha. Nasib baik RM1.. Kalau bantai RM10, naya :p

So goodluck pada korang yang baru nak pos barang ke luar negara menggunakan FlexiPack.

Adios,
ASTraveller.com

109 Comments

  1. Setakat ni x terima order dari overseas sbb kos postage yg mahal. Tp lps ni mungkin boleh dipertimbangkan. Thanks for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 sy pun takut juga.. tp alhamdulillah ada yg murah. so pakai yg ni jimat dari pos laju international berganda mahal. :)

      Delete
  2. ¡¡Hola!! Muy interesante artículo, gracias por darnos a conocer esta forma de enviar envíos. Gracias por tu visita y comentario en mi blog. Soy tu seguidora número 443. Saludos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hola.

      gracias por visitarme y seguido. Saludos desde Malasia

      Delete
  3. Glad you found a more affordable shopping option for your sales!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessa. Im so glad! :) thank you for visiting here!

      Delete
  4. tq for info, btw flexipack ni xde macam sendparcel tu ke? isi dalam excel lepas tu upload dlm website?

    ReplyDelete
    Replies
    1. flexipack ni send parcel mcm pos laju :)

      Delete
    2. boleh baca lanjut disini

      https://www.astraveller.com/2020/07/bagaimana-cara-nak-pos-barang-ke-luar.html

      Delete
  5. Nak tanya semua pejabat pos ke ada jual parcel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya pejabat pos saja. kalau pos laju saja takda..mmg hanya di pejabat pos saja ada

      Delete
    2. tp buat masa skrg, servis flexipack dihentikan :) sbb lambakan parcel akibat pkp rasanya.. stop dari bulan julai 2020 kalau xsilap, sampai la sekarang masih tiada update dari Pos Malaysia

      Delete
  6. Kan mmg Tak boleh hantar barang langsung ke luar negara kecuali singapura ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsiaExpress bole la huhu.. pos laju international tak pasti, bole ke tak

      Delete
  7. Sis tahu tak rate AsiaXpress.. kat mana nak refer ya. baru nak mula berniaga ni, banyak tutorial cakap pasal flexipack, sekali service suspended pulak.. hadoi.. btw thanks for info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rate Asia Express boleh refer disini https://pos.com.my/send/pos-laju/international/express/asiaxpress.html

      dibahagian: Rate Card & Estimated Delivery Time https://pos.com.my/media/pdf/send/13.a4-asiaxpress-rate-card-and-estimated-transit-time.pdf

      Delete
  8. hi, bahagian customs declaration tu saya tak tau nak isi apa dekat hs code, perlu isi ke atau boleh tinggalkan kosong saja? takut kena saman je nanti hahahahaha

    ReplyDelete
  9. Terima kasih utk info yang bermanfaat. Cuma nak tanya berapa lama barang sampai kepada customer di US?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Customer di US terima barang dalam masa 30 - 38 hari :) alhamdulillah

      Delete
  10. Sy nk hantar barang ke Singapore mne ptut sy guna pos Malaysia or asia express?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flexipack masih available kalau nk pos ke singapore kalau xsilap. tp guna asia express pun ok. sbb lbih kurang je dgn pos laju international. Klau nk kepastian, tanya di pos malaysia berapa kos kalau guna pos laju international dan kos guna asiaXpress :)

      Delete
    2. So kiranya kne prgi pejabat pos tnye psal International dgn asiaxpress?

      Delete
    3. yup. yg penting tau berat barang yang nak dihantar...

      Delete
    4. Saya hntr pkai box sendiri, boleh ke?

      Delete
    5. xpasti. kena tanya di kaunter. takut dia suruh beli box.

      Delete
  11. maaf nak tanya..memang kalau nk hantar ke luar negara x boleh jenis liquid ke?
    saya nk hantar gam pingpong

    ReplyDelete
    Replies
    1. liquid mcm aroma terapi tu xlepas sy penah tnya dkt kaunter. tp kalau gam pingpong tu sy tak pasti pulak. kena double confirm juga dgn staff..

      Delete
  12. hi saya nak tanya, flexipack dah mula beeroperasi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, rasanya masih belum. sebab masih tiada apa-apa update dari Pos Malaysia :)

      Delete
  13. Hi,saya nak tanya,Health Supplement jenis powder boleh pos tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis powder saya rasa tiada masalah. bole double cek dekat kaunter nti..

      Delete
  14. Saya mau hantar barang ke usa texas.dan barang 500g berapa kah bayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pos ke US menggunakan AsiaXpress (500g) adalah dalam RM110 - RM150

      Delete
  15. Hello, kalau barang saya under 0.5g bolehkah say send brg tu dlm bentuk document? Nak pos kat flexipack or asiaxpress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer. cuma skrg flexipack tak pasti servis dia dh on balik ke belum. buat masa ni asiaXpress atau pos laju international boleh...

      Delete
  16. Kalau pakai asiaXpress/pos laju international, mahal dari flexipack ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. flexipack paling murah buat masa ni. tp tulah, servis flexipack dihentikan buat sementara waktu, sejak julai lepas

      Delete
  17. Maaf bertanya, klau P.O. Box kt US, mcm mna nk post ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau P.O.Box saya ada hantar sekali. tp melalui suplier dari China, barangnya masih belum sampai. otw. Rasanya tulis je alamat macam biasa

      Delete
    2. P.O. Box tu boleh pkai flexi pack ye?

      Delete
    3. sy xpasti, tp rasanya mmg tulis alamat macam biasa je. nak kepastian kena tanya di kaunter. tapi rasanya sekarang flexipack masih stop servis dia kan? sejak bulan julai 2020 haritu..

      Delete
    4. Oh gitu, okay tkpe..nnti saya tnya je kt kaunter, terima kasih ye :)

      Delete
    5. Lupa nak tnya, klau guna flexipack tu post ikut alamat P.O. Box tu, penerima kena bayar ke untuk dapatkan barang?

      Delete
    6. biasa setakat sy pakai flexipack mmg tiada kena apa2 bayaran. tak pasti kalau ada, sebab ada terbaca mmg ada negara yang buyer kena bayar cukai lepas clear kastam tu.. setakat yang sy pos ke US, Israel, Brazil yang dah terima barang, tiada komplen pasal bayaran masa ambil barang

      Delete
    7. kalau ada bayaran pun, buyer yang kena bayar. kita sebagai sender tak perlu bayar apa-apa dah :)

      Delete
    8. Oh okay, terima kasih ye sudi jawab :)

      Delete
  18. Assalam bang kalau saya nak hantar barang ke brunei guna flexipack ni boleh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh jer.. tp buat masa skrg, flexipack dihentikan servisnya buat sementara..

      kalau nk jimat shipping, tnya dulu pelanggan dari Brunei tu, bole tak kalau hantar ke alamat Limbang Sarawak?

      sebab biasanya, utk pelanggan sy yang nk jimat pos dr Malaysia ke Brunei, diorang akan guna alamat pos malaysia limbang. dah sampai barang ke limbang nanti, runner dr brunei tu akan amik barangnya :)

      Delete
  19. Saya takde phone number penerima, perlu ada jugak ke? Email dia saya dah tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib ada no fon penerima, emel penerima tak wajib. btw, flexipack dah ada ke?

      Delete
  20. Jika pos barang ke Oman brpa ye cos

    ReplyDelete
  21. Nak tanya sis, kiranya sampai2 je sana, beli flexipack tu dan terus masukkan barang semua? Kena tahu siap2 ke berat barang tu? Tak boleh timbang kat sana eh? Atau bole ke saya beli flexipack tu dulu and bawa balik rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole je buat mcmtu, cuma kita kena prepare duit jela. sbb tak tahu berapa kos pos ke sana siap wrap. kalau dah tau berat lepas wrap semua, sekurang-sekurangnya kita dah tau berapa kos :)..

      Delete
    2. nak beli dulu flexipack pun tiada masalah. cuma kena tahu anggaran berat nak masuk barang tu..

      tp kan skrg rasanya flexipack dah stop servis dia.. kena pakai asiaXpress skrg. dan kos pun jauh beza dgn flexipack. agak mahal skit

      Delete
  22. Flexipack skrang dh on balik ke? Kalau pos hp ke indonesia bleh ke? Ke kena declare kt kastam nti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg flexipack hanya bole hantar ke Singapore saja. tempat lain takda dah..utk kastam, tulis saja pada box/flyers flexipack tu. ada bahagian declaration..

      Delete
  23. wslm. kalau dr luar biasanya dorg akan buat payment via paypal. duit terus masuk. kalau buyer dari ebay, ada certain time ebay akan hold duit buyer ke acc paypal, utk elak scam. dalam masa 2 minggu juga la utk release payment. brg kena pos mcm biasa, tak bole tunggu duit masuk. kena jalan dulu.

    so mmg senang guna Paypal je kalau untuk international transaction

    ReplyDelete
  24. Hai assalamualaikum, saya nak hantar barang ke brunei, boleh tak saya nak contact number untuk brunei punya runner . Ni first time saya pos barang ke luar negara . Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi wslm. nak pos ke brunei, bole pos ke limbang, sarawak. jika ada nombor number brunei, bole contact runner utk pickup brg di limbang sarawak dan hantar ke brunei. tp saya xpasti time covid macamni, runner bole rentas negara atau tidak

      Delete
    2. Nombor brunei ada, tapi saya tak ada nombor runner ..

      Delete
    3. bole contact orang brunei tu, tanyakan runner dorg bole pickup barang dilimbang x?

      Delete
  25. Hi nak tanya selalunya kalau barang under 150g, pos ke uk, usa and australia berapa caj pos yang awak kene kalau guna flexipack ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi skrg flexipack dah tkde tuk penghantaran ke luar negara. ke singapore saja kalau xsilap skrg. tmpt lain dh stop

      Delete
  26. Hai , kalau nak hntar brg ke batam indo , sesuai untuk guna apa ya ? First time nak pos ke luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better pos Malaysia International :) atau Asiaxpress under pos malaysia

      Delete
  27. Assalamualaikum! Dengar cerita harga flexipack ni naik mendadak. Yg mana boleh pakai skrg ni? Yg mana paling murah lepas kenaikkan harga flexipack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm yeke? nti saya tengok dulu di web. tuan bole refer utk pos malaysia international service disini

      https://www.pos.com.my/send/pos-laju.html?m=intl

      Delete
  28. Lagi 1, kalau boleh, nak mintak tolong tanya harga kalau nak hantar g turkey. 2kg (23,21,11).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut pada jadual flexipack, kos ke turkey utk berat 2kg tepat, adalah dalam RM168++ (anggaran dalam RM168 - rm200)

      bole refer sini tuan,

      https://www.pos.com.my/send/pos-laju/international/prepaid.html

      Delete
  29. semalam tiba2 customer China tanya ttg produk. Mujurlah jumpa blog awak,byk membantu 😂 Custom declaration tu lepas tulis tak perlu dokumen lain kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu dah. tulis di bahagian custom declaration sahaja kalau guna flexipack. ehh, maaf nak tnya. flexipack dah ada balik ke? haha

      Delete
  30. Kos shipping tu kita yg kena bayar juga ke atau buyer yg tanggung? Mcmana kalau harga produk lebih murah berbanding harga shipping? Adakah berbaloi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kita jual letak skali shipping kot. kalau shipping lebih mahal dari harga produk, mmg tak berbaloi kecuali buyer sanggup bayar :)

      Delete
  31. Nak hantar barang ke Indonesia macam mana ye guna flexipack?saya tak faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg servis flexipack dah takda rasanya. try guna asia express di pos malaysia. boleh tnya terus dikaunter pos malaysia :)

      Delete
  32. Hi..seller sya pkai flexipack, mcm mna nak tengok no tracking ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada bg tracking number? try tgk disini https://www.tracking-status.com/flexipack-malaysia-tracking/

      Delete
  33. Hi, nk tanya.. sy plan nk send brg ke Croatia, boleh guna flexipack jgak ke? Satu lagi, bisaanya brp lama ya masa utk parcel international smpai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, boleh. tgk pd countries [others]...biasanya penghantaran adalah dalam 30-40 hari ke atas..

      Delete
    2. tp utk lebih tepat, sebelum beli bole terus tanya dikaunter.

      Delete
  34. Hi.bape hari ye untuk sampai kalau saya send dokumen ke australia?

    ReplyDelete
  35. Saya send 22 dis minggu lps tp silap saya x beli tracking number

    ReplyDelete
  36. Bape lama masa ye nak smp kalau send dokumen ke australia sbb saya x beli tracking number

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya makan 30++ hari.. better kena beli tracking, sbb kalau tiada tracking payah juga nk track. hopefully selamat sampai :)

      Delete
  37. Kata kaunter 7 ke 14 days.nampaknya dia tipu saya.sbb penting.apa yg harus saya buat.any advise x miss

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpastilah kalau dokumen 7-14 hari. sbb sy hantar parcel sblm ni, memang makan masa lebih sebulan.

      cik hantar dokumen tu pada org yg kenal? kalau kenal takda masalah, cuma tanya je pada dia da terima ke belum. kalau tak kenal payah sikit sbb tiada tracking number

      Delete
  38. Klu saya pakai DHL ok x cik..sbb resit pun dah hilang.ALLAH risaunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Charge documents tu berbentuk envelope sbbyk rm123 saya perlu bayar.betol ke mahal mcm tu?yg jaga kaunter tu perempuan.saya x kenal

      Delete
    2. eh jap. hantar melalui pos ofis kan? Rm123 dokumen? berat sgt ke huhu

      maksud sy receiver tu, cik kenal?

      DHL pun ok, lagi cpt. tp lagi mahal.

      Delete
  39. Haah data pos malaysia itu je Currier yg ada.saya hanta dokumen Rasmi dkt pejabat kerajaan.besar kertas A4 je ada 3 Salinan.saya kena tipu rate charges ke cik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pos 22hb hari tu tp still x receive Dr sana..cadangnya selasa ni nak post guna DHL la sbb risau bila cik kata 30++ hari untk smp sedangkan saya perlu cpt.silap saya sptt saya research dulu kat Google sblm pakai Currier.ada advise x cik

      Delete
    2. rasanya charge xkena tipu.. maybe mahal sebab size besar, bila size tu da lain charge akan jadi lain...

      DHL mmg cpt sikit, tp lagi mahal harganya.

      Cuba cik tanya dulu pada penerima, memang tak sampai lagi?

      Delete
  40. Hi, nak tanya sat. Sy hantar brg ke Indonesia guna flexipack ni. Tracking tu stuck kat "Departed from international hub to oversea destination" on 10 Jan...sampai skrg pun tak sampai..kena tunggu 30 hari ke? Emergency sikit ni. Counter ckp ambik masa 7-14 hari je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..stuck tu biasa. ada tracking kan? Flexipack ni, kalau ke indonesia tak pasti berapa lama. Maybe la kaunter cakap tu 14 hari (business days) tak termasuk public holiday. Pengalaman saya hantar guna flexipack ke US, memang amik masa skit 30-40hari. Harap2 indonesia tak la selama tu.. tunggu je, inshaAllah akan ada update tu

      Delete
  41. Saya guna flexipack international. Sekarang mmg naik harga. Tapi affordable lagi. Cuma risau ajelah moga tak hilang. Harga barang kat belakang tu tulis banyak takpe ke sbb jual USD? Jujur haha
    Nak tnya Paypal dia tak release duit cepat ye kalau seller baru? Sy dia tulis kat email 3 minggu baru release. Tapi barang dah shipped. Kat Paypal pun dah update tapi katanya payment release when courier update on delivery... pening. First time guna paypal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tulis harga barang betul2 la dibelakang.

      skrg seller dr asia tak guna paypal daa. kita guna payoneer ni. :) Payoneer cpt daa release duit, dalam masa 2-3 hari je. tp minima cash out USD50

      Delete
    2. Oh okay. Nasib baik letak.

      Oh ada lain. Payoneer kalau akaun baru dia release 1-3 days juga ke? PayPal team tulis sbb sy baru buat akaun. Tu sbb xboleh release duit cepat.

      Delete
    3. Paypal lain. daah xpakai. sbb skrg asian seller di ebay semua da pakai payoneer. tp xpasti pula kalau new user, ada paypal saja.

      Kalau ikut paypal dulu masa sy baru niaga di ebay, mmg dia hold duit lama dekat sebulan

      Delete
    4. Oh okay. Akan cuba tengok mcm mana. Terima kasih jawab soalan. Sy baru sgt dengan flexipack dan paypal ni. Tengah cuba2.

      Delete
  42. kalau nak post ke negara yang guna bahasa selain english, receiver address tu kita nak tulis dalam english ke bahasa diorang? sebab klau dalam english macam susah nak translatekan TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, guna address dorg la. xperlu translate address tu :) ikut sebijik2 yg receiver bagi tu tau ;)

      Delete
  43. Salam.. nak tanya .. kalau nak pos barang ke us... guna ape yg baik?.. flexipack ni.. dah beroperasi kembali ke?... terima kasih kepada sesiapa yg sudi bantu.. sebap saya baru2 nak belajar pos barang ke luar... ape yg perlu saya sediakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. guna flexipack okay.. delyva pun okay... flexipack daa beroperasi kembali, tp harga da lain. pos barang ke luar negara ,perlu betul2 tahu berat barang selepas complete bungkus barang. sbb berat barang, penting. xperlu sediakan apa2. just bungkus barang dgn baik. dan pegi ke pos malaysia, beli bungkusan flexipack yang sesuai dgn berat barang dan alamat penerima. cuma perlu sediakan marker pen utk tulis alamat penerima, supaya tulisan pada parcel kekal baik

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post