Halooo pada kaki camping/hiking sekalian.

Kalau korang masuk hutan, mesti nak bawak pisau kan? 

Pisau adalah salah satu barang penting yang kiter perlu ada kalau nak masuk hutan. Kalau takde pisau, susah woo nak potong-potong bagai. So wajib ada satu kalau nak bercamping masuk hutan dsb.
Memperkenalkan, pisau brand #morakniv made in Sweden ni memang padu. 

Setakat yang aku tahu, ada 3 jenis yang ada bersepah dipasaran Malaysia. Antaranya adalah:

1) Morakniv Companion Knife RM70 (Set Basic)
2) Morakniv Companion Spark RM160 (Set Fire Starter)
3) Morakniv Eldris RM150 (Set Basic)

Selain itu, pisau ini juga ada didatangkan dengan set Fire Starter. Kalau tak silap boleh beli asing-asing.

Aku dah ada satu, jenis Morakniv Eldris. Size pun kecik, mudah dibawa dan siap ada sarung lagi wei. Colorfull jugak tu, lawoooo hahhaa

MoraKniv Eldris ni terdapat 5 color dipasaran. Semua lawa-lawa


Aku punya color biru, aku nak hijau sebenarnya. Tapi masa aku nak beli tu, color hijau tu out of stock! So rembatla biru. Lawa juga :)

Tadaaaa,



Tajam ke tak?

Tajam tak payah cakapla, memang padu. Tak percaya? Bole search di Youtube.

Dapatkan segera di JT Outdoor 😎

Adios,
ASTraveller2019

Post a Comment

Previous Post Next Post