Assalam

Kat sini aku nak share sikit pengalaman tukar nama / tukar hak milik kenderaan persendirian. Dengar dan baca dekat mana-mana blog macam agak rumit. Tapi sebenarnya, proses dia simple je kalau kita betul-betul ikut prosedur :)


Biasanya kalau nak jual kereta persendirian kepada owner baru, kena buat tukar nama / tukar hak milik kenderaan kita tu dekat JPJ.

Tapi sebelum tu, kena pastikan;

Hutang dekat bank dah selesai dan kereta hendaklah dalam keaadan baik. Maksudnya, ikut spek standard yang dibenarkan oleh undang-undang. So benda akan jadi mudah.

Pergi mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan. Korang pergi ke kaunter / saluran Tukar Hak Milik Kenderaan dan pihak JPJ akan tanya,

"Kereta dah buat inspection dekat Puspakom?"

Macam aku haritu, memang tak buat lagi inspection dekat Puspakom. So Wajib buatlah. Kalau tak, memang tak boleh tukar nama.

So sebelum tukar nama, kereta kita tu kena hantar ke Puspakom dulu untuk inspection. Kalau dah lepas step ini, barulah boleh thumb print untuk tukar nama ke owner baru :)

Time tu, pihak JPJ akan siap bagi borang Tukar Hak Milik. Nak isi siap-siap pun boleh. Senang nanti, kalau dah setel Puspakom, boleh terus ke JPJ (bahagian Tukar Hak Milik) ambil nombor  dan tunggu giliran untuk thumb print.

Kredit: https://paultan.org
Apa yang perlu dibawa masa nak buat inspection di Puspakom?

Bawa Geran Kereta yang Original dan Kad Pengenalan. Itu sahaja!

Kalau geran original hilang, bagaimana?

Kalau hilang, korang kena buat baru dulu di JPJ. Kos buat geran baru, kalau tak silap RM50 huhu. So, geran original jangan hilangkan yer. Aku haritu nyaris-nyaris hilang haha. Nasib baik jumpa :D

So, secara ringkasnya untuk Tukar Hak Milik perlu ikut langkah berikut;

1. Buat inspection di Puspakom (RM31.80)
2. Kalau dah lulus di Puspakom terus pergi ke JPJ, isi borang Tukar Hak Milik
3. Thumb Print (RM100)

Nak senang urusan, time nak thumb print tu bawak sekali owner baru dan tukar nama terus :) Kalau owner baru tak dapat join sekali, JPJ akan bagi tempoh 7 hari untuk onwer baru thumb print.

Inspection di Puspakom tu, korang boleh baca disini;

Panduan Nak Buat Inspection di Puspakom

Sekian,
ASTraveller2019

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post