Assalam hi!

Kali ni aku nak share, bagaimana nak buat inspection dekat Puspakom.

Bagaimana? 

Nak kena buat temujanji ke? Atau boleh walk-in terus ke sana dan terus masuk buat inspection?

Ya. Ada dua cara nak masuk ke Puspakom untuk buat inspection.

Tapi, apa pun mesti kena ikut prosedur juga :D

Aku haritu, yang memang tiada langsung pengalaman masuk dalam Puspakom, memang akan jadi tertanya-tanya.

Disebabkan tak tahu, aku walk-in terus pergi ke Puspakom sebab JPJ suruh ke Puspakom untuk inspection.

Bila dah sampai tu, jadi blur.

Nak daftar dekat mana, nak tunggu dekat mana dan nak tunggu giliran inspection dekat mana. Semua aku tak tahu..

So, aku bertanyalah pada guard atau pegawai yang ada disitu :p Kalau tak tanya, sesat jalan lah jawabnya huhu

Simple je sebenarnya. Nak masuk Puspakom ni ada 2 cara.

1. Walk-In
2. Booking melalui online (MyPuspakom)

Untuk Aps MyPuspakom, download jer dekat Google Play macam biasa.

Walk-In

Macam biasalah kalau walk-in, kena ikut turn. Menunggu panjang. So kena datang awal lah kalau nak Walk In saja. Tapi yang bestnya, kalau kereta korang ada benda yang agak-agak tak lepas contohnya tinted, so masa inilah yang paling sesuai untuk korang setelkan. Masa beratur panjang tu, korang boleh cabut tinted-tinted korang dan buang je dekat tepi-tepi tu.

Tak percaya?

Ya masa ni lah, ramai yang cabut tinted masing-masing.  Aku dah alami sendiri haha

Tak pandai cabut tinted? Jangan buat haha

Booking Online

Booking secara online ni, adalah paling mudah bagi aku. Download aps MyPuspakom, dan isi apa yang patut, untuk temu janji dsb.

Apa yang perlu diisi?

Antaranya adalah;

1. Nombor enjin kenderaan
2. Nombor Plat kenderaan
3. Maklumat Onwer dsb

Overall, yang nak di isi tu semua dah ada dalam geran kereta. So ikut  jer dari situ.

So, yang dah booking online tu kalau nak masuk kena scan QR Code dari Aps dan terus masuk. Kalau buat appointment jam 10 pagi, dalam jam 9.40 pagi korang dah dibenarkan masuk untuk buat inspection.

Tapi booking online ni, memang tak sempat dah nak buat apa-apa pada kereta. Pastikan, kalau yang dah booking online ni kereta dah takde masalah.

Bagaimana nak masuk tu?

Drive kereta korang masuk ke dalam ikut giliran. Macam Drive Thru tu :D Sebelum nak masuk tu, ada pintu berpalang seperti gambar dibawah (macam nak masuk parking berbayar).

Scan QR Code (booking online) atau isi plat nombor kenderaan (walk in) disini
Walk in, kena masukkan no plat kenderaan. Kalau dah booking online tu, hanya scan je QR Code via Smartphone anda di pintu masuk.

Then terus masuk, ikut je kenderaan lain. Tapi sebelum tu kena tau bahagian mana nak masuk. Kalau kenderaan persendirian, kena ikut lorong yang berkaitan tu jela :)


Bila dah siap inspection, kena tunggu keputusan dari Puspakom. Yang ni agak lama sikit sebab kereta banyak kan.

Keputusan bergantung pada kenderaan korang. Kalau kereta korang tak ikut spek yang dibenarkan oleh undang-undang, memang GAGAL la keputusannya. Kalau masalah tinted tak lepas ke apa, diorang akan bagitahu dan kenalah buat balik inspection baru huhu.

Buat untuk kali kedua ni, free ke?

Oh, tidak-tidak. Kena bayar semula ye hhaha

So, untuk elak dari GAGAL dalam keputusan inspection, korang kena siap-siap cek apa yang agak-agak tak lepas. Contoh kalau tinted tak lepas, kena siap-siap kasi tanggal lah itu tinted yer :p

Bila dah LULUS Puspakom, barulah boleh ke JPJ untuk thumb print, tukar hak milik :)

Siap!

Adios,
ASTraveller2019

32 Comments

  1. nice info,,keep posting and share foreveryone

    ReplyDelete
  2. mudah caranya kalau kita mau urus sendiri ya

    ReplyDelete
  3. halo, ternyata dari malaysia ya.. :D

    salam dari indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. halo. iya dari Malaysia. Salam dari Malaysia kembali :)

      Delete
  4. Replies
    1. nak buat grab pun kena pegi puspakom tp lain skit dia punya prosedur :) bayaran pun lain

      Delete
  5. Dh online.tp pilihan guna kad kredit saje.pfx xde.igt nk guna mybank.so boleh bayar d kaunter je ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblm ni sy buat ok je bayar online tanpa kad kredit. maybe pkp kot ada prob bayar online, tak sure. tp boleh byr dikaunter

      Delete
  6. Dh online.tp pilihan guna kad kredit saje.pfx xde.igt nk guna mybank.so boleh bayar d kaunter je ka.. Or nk buat mcm mna

    ReplyDelete
  7. salam..saya pun dah dapat date awal..sekali tu kena byr guna kad kredit..xde transfer online.terpaksa cancel...rupanya boleh jer transfer online..cuma jgn guna handphone..kena guna laptop atau pc baru ada link transfer online...terlepas date awal huhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. masa sy bole pulak byr transfer online guna fon. maybe skrg dah lain skit kot sistem dia :)

      Delete
  8. Assalamualaikum sya nak tnya mcm mana cara sya nak boking online untuk penukaran enjin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlsm. maaf kalau untuk penukaran enjin tu saya tak pasti. tp bole try download aps puspakom

      Delete
  9. Kalau tinted ikut spec jpj lepas ke tak puspakom tu???

    ReplyDelete
  10. dia check ape je ?exzoz besar ramai kata lulus je , betul ke ? Brek , tayar botak semua , dia check jgk kee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua benda dia cek. kalau masalah tayar botak ke apa tu tak pasti huhu.. ekzoz besar kalau ramai yang kata lepas xpela.. kasi on je :D

      Delete
  11. Hello hai nak tnyaaa, kan masa booking online dia ada tulis terus brp kena bayar kan ? Adakah dia terus bayar online tu, ataupun bayar masa hadir nanti... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, rasanya mcm bayar terus... haha lupa dah.. guna fpx online banking.

      Delete
  12. Meybet için güncel adres arıyorsanız bu adresi kullanabilirsiniz.
    Meybet

    Trinkbet için güncel adres arıyorsanız bu adresi kullanabilirsiniz.
    Trinkbet

    Canlı Casino için güncel adres arıyorsanız bu adresi kullanabilirsiniz.
    Canlı Casino</a

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post