Korang pernah dengar Mi Band keluaran Xiaomi?

Mi Band ni adalah fitness tracker/smartband keluaran China yang kini namanya setanding dengan keluaran brand-brand lain seperti Fitbit, Garmin, Sony dsb.

Kini memperkenalkan Mi Band 4, keluaran terbaru Xiaomi selepas Mi Band 3.

Cepat betul kan?

Mi Band ni aku pernah pakai, version 1 dan 2 jer.

Version 3 tak pernah try. 

Then bila keluar version 4. Tengok semua review, macam not bad jugak dia punya function. Harganya pulak sangat-sangatlah berbaloi, dan aku try rembat satu.

Tadaaaaa,

Chinese Version (Multi Languanges)
Macam biasalah, kalau nak beli sesuatu pasti kita akan survey harganya dipasaran terlebih dahulu sebelum membeli. 

Mi Band 4, harganya dipasaran adalah antara RM110 - RM160

Tapi, di Shopee aku dapat Mi Band 4 ni dengan harga yang paling murah iaitu RM106 dengan claim voucher Free Postage daripada Shopee bersama 6 bulan warranty dari Suplier.

Berbaloi wei!

Tak percaya?

Ada offer paling murah, jangan tunggu lama-lama. Kita rembat cepat-cepat sebelum habis.

Ciri-ciri yang paling aku suka pada Mi Band 4 ini adalah;

1. Full Color AMOLED Touch Display
2. Water Resistant up to 50m
3. Heart Rate Monitor
4. Activity & Swim Tracking
5. Up To 20days Battery Life

Lain-lain function yang ada pada Mi Band 4,

6. Weather
7. Aps Notifications, FB, WhatsApp, SMS, Incoming Call dsb
8. Alarm
9. Music
10. Stopwatch
11. Timer
12. Find Device
13. Alipay

Bagi aku, yang paling best dekat Mi Band 4 ni adalah battery life dia. Tahan lama wooo, tahan sehingga 20 hari.

Lama tu.

Kebanyakan fitness band atau smartwatch lain, biasanya battery life akan tahan selama 5-7 hari. Ada juga yang tahan selama 3 hari jer, tak lama. Tapi dengan Mi Band ni, battery dia tahan lebih daripada seminggu. 

Tak payah nak charge selalu kan? :)

Meh arr aku close-up sikit, Mi Band 4 ni. Nanti korang tengok dan nilai, berbaloi ke tak dengan harganya?

Super clear dia punya display
Heart Rate Sensor
Dock Charger

Heart Rate Monitor

Weather
Aps Notification

Then, touch screen dia smooth jer beb!

Refer video dibawah,


Amacam, berbaloi tak?

Nota: Mi Band 4, Chinese Version (Multi Languages) ni korang jangan risau. Bila dah pair dengan smartphone, dia akan auto tukar dari bahasa cina kepada bahasa yang kita gunakan pada smartphone kita. Kalau english, so akan tukar pada english secara auto :D Nak senang beli english version terus jelah kan?

Adios,
ASTraveller2019

5 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post