Assalam.


Saper pernah try Chia Seed dalam diet harian?

Aku ni pun baru 1st time nak try makan Chia Seed. Ramai orang kata, banyak kebaikan dan khasiatnya.

Er, betul ke?

Macam biasa, kita pun nak tau jugakkan.

So terus baca infonya di Google, terbukti memang banyak kebaikan dan khasiatnya. Patut diamalkan untuk kesihatan kita nampak gayanya ni :)

Chia Seed

Chia Seed atau Biji Chia, atau nama lainnya disebut sebagai Salvia Hispanica adalah merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina. Ianya berasal dari Mexico dan Guatemala.

Ramai orang confused antara Chia Seed dengan Biji Selasih.

Chia Seed dengan Biji Selasih ni sama ker tak sebenarnya?

Jawapan:

Tak sama wei!

Aku pun confused sebelum ni, ingatkan Chia Seed ni sama jer dengan Selasih. Rupanya lain, tak sama.

Ada beberapa perbezaan antara Chia Seed dan Selasih. Salah satunya adalah cara penyediaannya yang berbeza.

Biji Selasih ni hanya boleh direndam dalam air untuk beberapa waktu sementara Chia Seed boleh direndam dalam air dalam beberapa saat sahaja. Chia Seed juga boleh ditabur terus dalam apa-apa makanan seperti yogurt, jus, puding, salad dsb malah boleh ditabur dalam nasi putih dan terus dimakan :)

Ada la sikit bezanya kan?

Kebaikan Chia Seed

Banyak kebaikan Chia Seed sebenarnya. Mungkin ramai diantara kita masih tak tahu kan? Jadi aku share sikit kebaikan yang ada pada Chia Seed, kalau kita amalkan :)

Antaranya:

Dapat melawan diabetes
Dapat mengekalkan kekuatan gusi & tulang
Kaya dengan protein
Dapat menstabilkan gula dalam darah
Dapat meningkatkan kesihatan jantung

Yang paling best, dengan Chia Seed ni kita boleh turunkan berat badan. Sebab mengenyangkan kot? Betul ke tak betul, korang kena try sendiri. :D

Kandungan Nutrisi Chia Seed

Menurut Pangkalan Data Nutrisi Negara Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), 28 gram, atau satu sudu besar Chia Seed mengandungi:

131 kalori
8.4 gram lemak
13.07 gram karbohidrat
11.2 gram serat
5.6 gram protein
Tiada gula

Amalkan satu sudu Chia Seed setiap hari sudah menyediakan 18% keperluan kalsium harian pada tubuh badan kita, 27% fosforus, 30% magnesium, dan jumlah kalium dan nutrisi yang lebih kecil. Chia seed menyediakan lebih banyak Omega-3, Kalsium, Fosforus, dan serat daripada benih rami.

Untuk lebih lanjut pasal kebaikan Chia Seed ni, korang boleh search di Google.

Semalam pergi survey harga Chia Seed ni dipasaran. Di Guardian Malaysia, brand Nature's Heart, harganya dalam RM47+
Harga di Guardian RM47+-

Then try survey di Watson Malaysia, nampaknya ada harga yang jauh lebih murah. Brand Nutrabliss by Watson & Spoon Health. Harganya bawah RM20 jer, murah kan?

Harga di Watson RM17
Harga di Watson RM18+-
Time aku pegi semalam, ada offer dekat Watson dan terus aku rembat brand Nutrabliss by Watson dengan harga RM14. InshaAllah nak try amalkan :D

So apa lagi, jomlah kita amalkan untuk kesihatan :)

Nota kaki: Saper yang tak boleh telan Oat, korang boleh try Chia Seed ni ya!

Adios,
ASTraveller2019

8 Comments

  1. Bagus Chia seed ni memang elok untuk kesihatan kita. Kalau nak kurus, lagilah wajib letak dalam air. Oo itulah macam sama je kan biji selasih dengan chia seeds hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. skrg tgh amalkan hhaha..

      TQ singgah sini. Saya dah follow back :D

      Delete
  2. Hai salam kenal.. Saya blom pernah tuh makan chia seed ini.. Rasanya seperti apa pun tak tau ..saya malahan ingin naikkan berat badan 😁 khasiatnya dan manfaatnya banyak sekali yaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Mau naikkan berat badan lagi ya? Kalau saya dah terlebih berat badan. Jadi mahu turunkan hihi

      Delete
  3. Saya pun suka makan chia seed untuk menurunkan berat badan, di Indonesia chia seed harganya cukup mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa. memang patut dicuba untuk turun berat badan :D mahal ya disana? mungkin juga ada yang murah. cuba dicari

      Delete
  4. Aku pun jual Chia seed sekarang hehehe. Berkat account instagram dr. Zaidul Akbar mengenai Rasulullah's healthy life style (JSR/jurus sehat Rasulullah).

    Aku sendiri haven't tried yet but I'd love to!
    Cousin aku nurse, she said memang bagus lah ini untuk kesehatan.

    Anyway, salah kenal kak ^_^
    I've followed your blog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ada jual :D bagus! memang bagus khasiatnya kan? Salam kenal. akan follow awk back :D

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post