Assalam.

Semalam member aku teringin nak makan laksa. So bawak aku try makan sekali laksa dekat Laksa Utara Jitra Mai, area Seksyen 7, Shah Alam.

Plan nak bungkus makan dekat rumah jer. Tapi bila sampai, macam best pulak makan dekat gerai tu, santai bawah pokok siap berangin-angin lagi :p


Cuma yang aku agak terkejut, gerai dorang ni takde meja. Cuma makan santai atas kerusi jer haaha.


Bila dah kerusi banyak disusun rapat-rapat, pepandai la korang nak letak laksa tu kat mana.

Orang tak ramai masa ni, maybe sebab kitorang ke sini dalam tengah hari. Tapi tempat makan still redup dengan pokok-pokok. Tak rasa bahang pun :)

Nak order laksa, terus ke lori. Self servis.


Kitorang order,

2x Laksa
1x Cendol

Total RM12

Aku tak pasti harga laksa satu berapa, sebab kawan yang order. Tapi anggaran dalam RM4 semangkuk.

Kalau nak minum...

Air dia tak jual. Cuma cendol jer ada. Tapi jangan risau, dekat sebelah lori dia ni ada sorang mamat jual air. So boleh order dekat dia kalau nak minum.


1st time aku rasa laksa dia, memang padu. Kuah pekat, secukup rasa. Puas la makan. So memang recommended pada penggemar laksa.


Bukti sedap?

Nah licinnnn hahaha


So pada siapa yang belum try lagi, korang kena try.

Nak pegi, korang waze jer "Laksa Utara Foodtruck" atau map ke Jalan Baiduri Bulan 7/28, Seksyen 7 Shah Alam. Sure jumper!

Adios,
ASTraveler 2019

10 Comments

  1. woaa betul2 sedap tu licin terus mangkuk tu.. kalo CT makan laksa tunggu isi ikan mendap dulu ahahhaha baik xyah makan kan ? makan kuah yang ceroi saja =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tunggu mendap ek. sbb yang paling bawah tu lagi pekat. :p

      Delete
  2. Bukti sedap? Nah licin hahahaha
    Ngakak bener bacanya wkwkwkwk

    ReplyDelete
  3. Pasti sedap rasanya ya, salam ngekuliner

    ReplyDelete
  4. Seumur hidup belum pernah coba laksa, jadi ngiler lihat fotonya, ha ha.
    Di Bandung juga ada laksa tetapi mungkin rasanya beda dengan yang di Malaysia. Setiap tempat punya citarasa khas tersendiri.
    Unik, tuh, tempat makannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Setiap negeri dan negara rasanya berbeza. Wajib dicuba ya :)

      Delete
  5. Dah datang beberapa kali selepas raya..tapi tak ada..dah pindah tempat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi kat situ kalau tak silap. maybe mood raya sebulan :D

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post