Assalam hai.

Dah lama tak jengah blog. Amatlah sibuk sejak akhir-akhir ini :D

Disebabkan dah lama tak update, pagi ni aku nak share satu aplikasi yang aku guna juga untuk track perjalanan family atau kengkawan kalau mereka terbang merata :)

Aplikasi Flight Radar

Pernah guna?

Free je untuk download di Google Playstore, kalau setakat nak track perjalanan flight seseorang.



Tadaaaa,


Banyakkan flight. Bersepah. Tapi setiap filght ada dia punya route yang dah ditetapkan. Kalau tak terbang atas route yang betul, habisla berlanggar antara satu sama lain. :)

Ianya dikenali sebagai Flight Routes

World Flight Routes
OK, berbalik pada Aps.

Aku biasa guna Aps ini, flightradar24

Setakat ni, info yang diberikan agak tepat. Masa ketibaan, berlepas, semua hampir tepat :)

Aps ni digunakan untuk kita track perjalanan flight. Selain itu, info flight yang dinaiki juga akan dipaparkan dan yang lebih best, kita boleh view live secara 2D atau 3D dalam perjalanan suatu penerbangan.

Info flight

Contoh info pagi tadi, aku track bff punya flight nak ke Labuan dari KLIA

Masa berlepas, masa tiba, jenis flight dsb semua disertakan. Kalau nak lebih details, boleh upgrade. Tapi biasalah kalau upgrade ni, kena bayar. Bulanan atau tahunan not sure, tak explore lagi :p

Paparan Live Perjalanan

Contoh flight yang dah nak sampai ke destinasi
Line yang dipaparkan adalah route yang perlu dilalui oleh sesuatu flight :)
Nak tengok secara 3D pun boleh :)

Paparan 3D


Selain track flight awam, kita jugak boleh tengok perjalanan helikopter Bomba & Penyelamat atau lain-lain yang melalui udara.

Bomba ni pun sebab aku baru ternampak tadi :p


Nak tahu info, klik je pada flight / heli tu. Akan terpapar info tersebut dibawah skrin.

Cara nak guna pun senang jer, hanya search by nombor flight. 

Sesape yang kengkawan atau family dia selalu naik flight, boleh la download aps ni untuk kita track perjalanan mereka. Moga-moga sampai ke destinasi dengan selamat :)

OKlah, tu jer nak share!

Adios,
ASTraveler 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post