Assalam semua.
Last weekend punya cuti panjang, aku bercamping lagi.
Kali ni, tempat pilihan adalah ke Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu.
Last weekend punya cuti panjang, aku bercamping lagi.
Kali ni, tempat pilihan adalah ke Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu.
Plan asal, nak bercamping 3H2M di camp Pertak.
Tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan (hujan lebat pada malam harinya) pada hari pertama, kami hanya berkelah je di campsite pertama.
Actualy, di Pertak ada beberapa campsite dan owner dia berlainan. Jadi kalau nak sewa tapak khemah dsb korang kena WhatsApp owner yang berkaitan.
✔Terletak dibahagian depan, iaitu berhampiran jalan / tempat letak kereta Kampung Pertak. Kawasannya mungkin sepanjang sebelum dan selepas jambatan gantung.
✔Kos di Campsite pertama, RM30/Khemah atau fly pun dikira khemah.
Owner Campsite 1 (Kak Zah) |
Campsite 2 (Pertak River Camp)
✔Terletak lebih kurang 100 meter ke dalam dari Jambatan Gantung. Campsite berada di area jambatan senget
✔Kos di Campsite kedua, RM5/person. Tak kira per khemah.
Owner Campsite 2 (Kak Chik / Abak) |
Jambatan Gantung
Jambatan Senget
Hari Pertama 15/9/2018
Hari pertama, kami bergerak dari Shah Alam dalam jam 12pm. Sampai ke Pertak lebih kurang jam 2pm.
Di sebabkan kami dah sampai petang dalam jam 2pm, parking ya ampunnn.. Full woo. Nak masuk pun susah. Last-last dapat juga parking.
Dah setel parking, kita cari tempat nak berkhemah pulak.
Disebabkan tapak khemah banyak dah full (Campsite 1), kami amik je mana tempat kosong. Nasib baik ada satu tempat kosong yang agak best port nya :D
Tadaaaaa,
Siap ada tempat nak ikat fly dsb. Senang
Sampai je terus setup fly dsb.
Then terus memasak.
Lapor wei!
Dah kenyang tu, apa lagi dok berendam dalam air.
Air sungai super clear! Sejuk gila :D
FYI: Kemudahan toilet atau surau memang tiada. So korang pandai-pandai la yer :)
Kitorang lepak berkelah disitu sampai jam 5pm+ gitu. Lepas tu, bertolak ke Chalet Cholo-Cholo ada orang sponsor. Kira kitorang bermalam di chalet
Nasib baik bermalam disana, sebab malam tu memang hujan lebat gila sekali pakej petir guruh semua ada hhuhu.
Tapi kalau nak bercamping juga, kena bawak kelengkapan yang secukupnya. Dan perlu lebih berhati-hati, sebab ada kepala air.
Chalet Cholo-Cholo
Cholo-Cholo. Kitorang bermalam kat sini. Chalet ni terletak di Batang Kali, dalam 30 minit dari Pertak.
Pasal chalet ni, kalau rajin aku review :p
Hari Kedua 16/09/2018
Aku bertolak ke Pertak, malam. Sebab sibuk habiskan masa dekat Chalet. Chalet tu ada Hotspring :p Berendam air panas, sekali dengan pakej membawang so banyakla jugak habiskan masa dekat chalet haha!
Kami bertolak ke Pertak dalam jam 7.30pm macamtu. Wuuu, 1st time masuk malam, rasa agak takut jugalah. Al-maklumlah hutan. huhu Aku masuk jalan ke pertak campsite dalam jam 8pm
Dah plan, so pergi jugala jawabnya :)
Walau baru jam 8, gelap gelita. So kena standby lampu banyak sikit
Tapi sebelum masuk tu, memang aku dah confirmkan dengan owner. Malam tu ramai ke tak yang bercamping.
Disebabkan ramai, aku on je masuk malam.
Musim cuti ramai. So untuk keselamatan inshaAllah, semua OK :)
Kalau ke hutan, jangan main redah je ye. Bahaya. Apapun kena confirm dulu persekitaran. Kalau agak-agak sunyi, cancel :p
Jalan punya jalan, aku sampai ke tapak dalam 20minit gitu. Dalam 100 meter dari jambatan gantung.
Actualy owner suruh lajak sampai ke seberang jambatan senget. Tapi aku tak jadi.
Keadaan baru lepas hujan, jalan agak basah dan air sungai naik sikit. Aku decide untuk sewa tapak sebelum jambatan senget.
Kang ada yang tergelincir jatuh sungai satu hal pulak kan :D
So, pintu masuk campsite betul-betul belah kiri sebelum jambatan senget tu :) Dan korang akan nampak sign nama owner seperti kat bawah ni,
Not bad juga tapaknya. Bersih dan luas!
Sampai-sampai terus setup khemah.
Total 2 khemah. Satu khemah untuk member lelaki 2 orang dan satu lagi khemah lagi untuk 4 orang perempuan :)
Kitorang setup semua, sebab member lelaki sampai lewat. Dalam jam 10 macamtu.
Lepas tu terus masak-masak. Jam 12am baru dapat makan :p
Actualy, pertak boleh masuk bila-bila je. Yang penting korang kena inform owner dan perlu lebih berhati-hati kalau belah malam :)
Hari Ketiga 17/09/2018
Hari siang baru la kitorang boleh tengok keadaan campsite. Sangat bersih dan terjaga. Air sungai pun jernih dan bersih.
Taadaaaaa,
Biasalah, lepas subuh kitorang prepare breakfast.
Lepas breakfast, mandi!
Lepas mandi, bersiap-siap then balik.
Overall, nak camping dekat sini memang best. Walaupun tiada kemudahan asas seperti toilet / surau. Tempatnya bersih dan terjaga walau dalam hutan.
Tapi kalau dah namanya dalam hutan, kenala bawak kelengkapan yang sepatutnya :)
Kos keseluruhan nak masuk ke Pertak, murah dan berbaloi.
Kos Camping di Pertak
✔Bayaran masuk dikenakan RM1/seorang
✔Bayaran tapak khemah RM30/sehari untuk 1 khemah (Campsite 1)
✔Bayaran tapak khemah RM5/seorang (Campsite 2)
Actualy kalau taknak bercamping pun kena bayar. Kena caj untuk berkelah / memancing. Untuk lebih info, korang tanya owner :)
Booking Tapak
Kalau nak booking tapak, boleh call/WhatsApp di nombor berikut
✔Campsite 1: Kak Zah 019-3548958
✔Campsite 2: Kak Chik/Rose 019-2035687 / Abak 019-6451696
Walk-in pun boleh sebenarnya, tapi nanti pandai-pandaila cari tempat. Kalau ramai takut full :)
Internet Coverage
Setakat ni line Celcom ok. DiGi, owner kata ok. Tapi line DiGi aku takde pun hahaa. Kalau U-Mobile, out of service >.< Lain telco, tak sure huhu
Okla, tu je nak share!
Selamat bercamping 😀
Adios,
ASTraveler 2018
Pengalaman yang menarik. Boleh dijadikan sumber rujukan bagi mereka yang hendak merasai pengalaman berkhemah.
ReplyDeleteinshaAllah terima kasih
Deleterajin ye.. tak nak camping kat medang ke.. alang alang
ReplyDeletemedang penah pegi. malas dah naik atas tu bawak barang hahaa
DeleteSaya kagum tau dengan orang yang suka camping ni..kalau saya, rasa aduyai lecehnya camping. hehehe
ReplyDeletehaha kalau berfamily tu memang sedikit payah. masih bujang ni boleh sangatla. best! :D
Deletewow.. menarik tempatnya..
ReplyDeletemmg best. tryla nti :)
DeletePengalaman menarik dah tua-tua ni malas dah kot nak bercamping cenggini hahahaa
ReplyDeleteHahha. Tua² pun boleh apa. Ramai juga sy tgk yang dah berumur ni bercamping :D
DeleteBROKER TERPERCAYA
ReplyDeleteTRADING ONLINE INDONESIA
PILIHAN TRADER #1
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......
Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!
Khemah boleh disewa atau sendiri ya?
ReplyDeletesendiri. situ rasanya tiada sewa khemah
DeletePost a Comment