Assalam hi semua!

Macam biasa, kalau ada trip aku akan update dalam blog. Senang untuk korang jadikan panduan kalau-kalau ada yang berhajat nak bercamping kat sana.

Sharing is caring kan? :p

Kali ni, aku ke Sg Pauh, CH (Cameron Highlands).

Actualy dah lama teringin nak camping dekat sini. Geram je tengok review orang. Macam best.

So, inilah masanya kita try rasa dan alami sendiri :D

Tadaaaaaa, ini dia Sg Pauh Campsite.

Sg Pauh Campsite

Trip kali ni, aku pegi ramai sikit member. 7 orang, 4 khemah.


Peserta: Iqah, Aidi, Sha, Ikin, Wisha, Epi & Aku :p

Sebelum ke Sg Pauh, aku dah review banyak blogger yang update untuk kesini. Dan kalau nak camping dekat sini memang kena booking dulu. Kalau tak full. 

Seminggu sebelum trip kami dah booking.

Call dulu then dan Whatsapp details seperti,

*Nama (Person In Charge)
*Total Person
*Total Khemah

Lepas tu, sehari sebelum pergi kami remind renjer tu via wasap.

Yelah, simple betul dia punya style booking. Berikan nama, jumlah peserta dengan bape total khemah via wasap. Tanpa deposit. Simple sangat kan, so kitorang remind la.

Takut dia lupa pulak kan? :p haha

Dan sebelum sampai, kami bagitau ETA (Estimate Time Arive) dekat renjer tu siap-siap. Senang nanti nak deal disana bila dah sampai ke lokasi.

Kitorang bercamping ni tak lama, hanya 2H1M sahaja.

Hari Pertama

Kami bertolak ke CH dari Shah Alam dalam jam 6 pagi. Asalnya plan jam 5.30pg. Itu normal la kalau extend masa. Tolak liat bangun dari tidur, berjalan lenggang lenggok, angkat barang yang banyak dan susun barang dalam kereta. Fuh paling lama adjust :p


Laluan ikut Waze. Biasa maps akan follow route jalan paling dekat nak ke CH dari KL, so maps tunjuk ikut laluan Tapah - CH. Amik masa dalam 2 jam 45min macamtu.

Plan awal, nak ikut jalan Spg Pulai ke CH. Tapi masa dari sana ke CH tambah lebih kurang 1 jam. Bincang punya bincang, last-last naik CH ikut Tapah, dan turun ikut Spg Pulai.

More better.

Laluan ke CH ada 3.

1. Tapah - Cameron Highlands
2. Sg Koyan - Cameron Highlands
3. Simpang Pulai - Cameron Highlands

Tapah - Cameron Highlands

Kalau dari KL ke CH, nak cepat ikut Tapah. Tapi laluan agak sempit, selekoh tajam dan bergaung. Maka perlulah lebih berhati-hati ikut laluan ini. Aku lebih prefer naik ke CH ikut laluan Tapah. Sebab lebih singkat masa perjalanan. Kalau nak turun, aku tak suggest ikut laluan Tapah huhu

P/S: Jika musim hujan, kalau boleh elakkan guna laluan tapah ni yer




Sg Koyan - Cameron Highlands

Sg Koyan, adalah laluan dari Sungai Koyan ke CH. Biasanya kalau sesiapa dari Pantai Timur adalah lebih dekat ikut laluan ni. Kalau kitorang dari KL, nak merasa lalu di empangan Cameron Highland, bolehla try. Orang kata view empangan CH tu lawooo.. Lawo macamne tak tau laa haha. 

Tapi kalau dari KL memang agak jauh lah dan sunyi sepi. Aku tak pernah try lagi jalan dekat sini. Kalau tengok Google Street View, jalan dia cantik dan agak luas dari laluan Tapah.



FYI, Sg Koyan punya R&R ditutup seawal jam 5ptg. Jadi kalau lalu malam, sory to say memang takde apa-apa sepanjang perjalanan. 

Tak sugest lalu disini lewat petang - malam :)

R&R laluan Sg Koyan, tak tahu berapa jumlahnya. Cuma tau close pada jam 5 petang.

Simpang Pulai - Cameron Highlands

Laluan Spg Pulai ke CH, memang ramai yang suggest. Ini adalah kerana jalan nya luas walaupun berselekoh dan bergaung sedikit. InshaAllah perjalanan akan lebih selamat compare dengan laluan tapah yang agak sempit.

Tapi kalau dari KL ke Spg Pulai, memang akan tambah lagi 1 jam perjalanan. Lambat sikit.


So kalau masa terhad, better ikut laluan Tapah, lebih jimat masa.

Overall, kami decide pergi CH ikut Tapah dan balik ikut Simpang Pulai. :)

Jam 6.30 pg, kami singgah solat subuh di R&R Rawang. Dalam pukul 7 sambung perjalanan.

EXIT Tapah dalam jam 8pg (Cepat gila sebab naik Starex. Member bawak macam pelesit hahha)

Kami sampai area Campsite jam 9pg+. Sebelum tu cari parking yang sesuai dan senang menapak angkut barang.

Actualy Parking Area untuk visitor agak jauh dari Tapak. Terpinga jugak masa sampai tu. Bila survey, boleh parking didalam sebenarnya sebab ada yang parking dalam area rumah kakitangan.

So kitorang parking depan rumah staff. Dekat sikit ke campsite. Barang banyak kot haha

Depan pagar campsite pun boleh kot sebenarnya walaupun ada papan tanda No Parking disitu. Maybe sebab weekend ada kelonggaran sikit untuk parking. Sebab ramai

Inform renjer, bila dah sampai. Member yang deal dengan renjer terus ke ofis, bayar fee untuk masuk. Bayaran adalah mengikut kepala, bukan tapak khemah. Then terus masuk angkat barang.

Follow renjer, dia akan tunjukkan tapak yang kita nak setup. 

Setup khemah, seterusnya masak-masak. Lapor wei. Sambil tu layan persekitaran hutan yang nyaman, sekali-sekala dengar bunyi air anak sungai mengalir.

Oh indah!


Sejuk je mata memandang tengok hijau pokok.


Jangan lupa peraturan disini. Tempat berbayar, so kena patuh arahan :p

Dinding cat pink tu toilet perempuan. Sebelah dia tu toilet lelaki

Kemudahan asas seperti toilet, surau, sinki untuk membasuh semua ada. :) So kerja lebih mudah.

Atap hijau tu surau.


Yang paling best, bekalan elektrik pun ada. Jangan lupa bawak extension :D Tapi bukan semua tempat dia letak ye. Yang berpondok sahaja. So nak tempat yang ada bekalan elektrik, kena booking awal :p

Aktiviti memasak memang lama. Macam-macam makan haha. Seronok kalau sekali sekala makan dalam suasana dalam hutan. Nyaman je. 

Orang Asli detected haha. (Xlah, ni bff aku tengah berlakon tiup api :p)


Unggun api atas tanah tak dibenarkan yer. Hanya dibenarkan bakar-bakar ditempat disediakan jer. So pandai-pandaila bawak stove untuk memasak.

Sungai dipersekitaran campsite. 

Sebelum pegi, aku mati-mati ingat waterfall yang memang boleh mandi-manda. Rupa-rupanya hanyalah anak sungai. 


Cetek kalau nak mandi. Budak-budak okla. Memang seronok dorang main air haha. Kita yang dah tua ni rendam kaki jela. Tapi, air dia memang sejuk gila wei.

Suasana nampak je panas terik, tapi sejuk. Suhu kalau tengahari normaly cecah 22 darjah celcius. Nyaman tak? :D

Kalau malam, jangan cakapla. Memang sejuk. Cecah 14 darjah. Berasap mulut kalau bercakap. Tengah malam, boleh cecah bawah 10 darjah. Sejuk giler.. 

Pagi ahad dalam 7.22pg aku cek suhu, cecah 11 darjah. Fuh!


Kalau dah sejuk, paham-pahamlah. Bawak sweater, stokin bagai yer :D Nak mandi pun, aduiyai pikir banyakali. Kebas pipi, jari kena air :p

Dah setel semua, kita masuk tido. Penat tak hilang lagi.

Petangnya pulak, kita masak-masak lagi, makan dan minum white coffee panas. Pada asalnya plan nak keluar jalan-jalan. Tapi penat punya pasal, tak jadi. So lepak-lepak je di sekitar campsite.

Asar singgah surau untuk bersolat. Perlu diingatkan ye, surau memang besar tapi campur lelaki/perempuan. Takde tirai. So pandai-pandailah ye :) Harap akan datang pihak yang berkenaan, pasang la tirai untuk mudah lagi para wanita nak bersolat

Dekat dalam surau ada toilet kecik. So kalau nak membuang sebelum solat, sila terus ke surau la. Tak perlu pegi toilet lagi.

Malam pulak, kita bakar ikan dan kambing dan makan-makan. Sambil santai-santai main game dengan member.

Terima kasih banyak pada yang sponser Ikan Siakap dengan kambing. 


Dah setel semua, masuk tido lah kita. Sejuk gilaaaa kot :p

Perlu diingatkan, korang memang wajib bawak selimut tebal, stokin, sweater tebal atau sleeping bag untuk elak kesejukan yang melampau. Aku kadang-kadang terjaga sebab kaki terlampau sejuk. Tak bawak stokin waaaaa!

Hari Kedua

Bangun je pagi-pagi macam biasa, masak-masak untuk sarapan pagi. Cuaca pagi tu sangatla sejuk. 11-15 darjah celcius. Best woo minum panas-panas. Tapi minum/makanan panas tak boleh dibiarkan lama, cepat sejuk :p

Suasana pagi tu, memang lawooo..


Lepas makan, kitorang nak bersiap untuk balik dah. Sebab kalau lewat sangat keluar takut jem nak balik KL. Biasanya memang jem teruk di CH every weekend.

Bertolak balik KL, jam 4ptg+ lepas berjimba di Berinchang (borong Strawberry) dan di Avant Chocolate & Ice Cream (Makan & bergambar)

Sampai Shah Alam jam 9mlm. Lewat sebab jem di PLUS Highway dekat-dekat Sungkai. Dan ada pulak excident sebelum masuk Selangor :p Itu normal.

See ya Sg Pauh!

Singkat sangat masa bercuti. Hanya 2H1M tu tak puas hahaha. At least kalau nak pegi, 3H2M. Overall memang puas hati trip kali ni walaupun banyak habiskan masa dalam campsite je.

Total Kos

Bajet kitorang memang under RM100. Then total kos adalah RM595, iaitu RM85/seorang. Siap transport (Starex), tol & minyak, makan/minum di campsite, campsite fee dan sewa khemah 2 biji. Ada 3 member tu takde khemah, so kitorang sewa di BaseCamp Shah Alam, RM30/khemah. 2 khemah lagi, sendirian berhad punya

Untuk kos masuk di campsite, RM7 per entry. Kira kepala yer. So kalau 7 orang, RM7 x 7 person. So total kitorang bayar RM49 masuk campsite.

Actualy overall kos bole kurang lagi, maybe bole RM50/person bergantung pada transport dll.

Nak pegi?

1st korang kena book dulu, sebab nanti takut full. Boleh contact En Jalil: 017-4072403
Bayaran RM7/person, sekali masuk
Korang Waze je ke lokasi Sungai Pauh Campsite Cameron Highlands, gerenti sampai :D

Takde khemah? 

Rasanya dorang ada sediakan khemah untuk disewa, sebab ada terbaca sign board untuk sewa khemah. Nak kepastian, korang tanya renjer tu yer :)

Sesuai ke bawak Family camping dekat Sungai Pauh?

Sangat sesuai

Untuk tips bercamping, korang kena baca entry ni Tips Ber-Camping

Next trip?

Macam biasa, nanti aku update masuk blog! :D

Adios,
ASTraveller 2018

4 Comments

  1. menarik campsite ni tapi Umi tak berapa berani nak bercamping walau kelengkapan camping mmg cukup kat rumah sebab en husband mmg kaki camping sejak muda..

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye menarik Umi :) sesuai sangat utk family bercamping dekat sini. kemudahan semua ada. dan memang ramai family bercamping disini :) salam kenal juga

      Delete
  2. this is so interesting and the campsite tho, i love looking at those trees

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post