Assalam,
Salam Merdeka aku ucapkan pada semua blogger yang rajin singgah baca sini :p Dan pada siapa yang selalu usha-usha blog aku nak tau update hadiah GA bila nak di pos tu, ni ha nak bagitahu,
InshaAllah dalam minggu ni di pos. Hadiah dah ade, jangan risau. Saper yang belum tuntut, hari ni last. Semak dekat sini, nama blog korang. Ade ke tak? Lau tak tuntut, hadiah burn. :D
Ok berbalik pada tajuk :p
Pos Laju EziDrive Thru. Menarik jer. Mula-mula aku ternampak Pos Laju EziDrive Thru ni, dekat Pejabat Pos Kelana Jaya. Terkejut jugak dah ada Drive Thru. Kalau nak pos barang, tak payah cari parking. Terus je drive ke kaunter dan pos. Mudah!.
Idea menarik dari Pos Malaysia, yang memang sekarang ni ramai peniaga online yang nak pos barang mereka, sekali pos paham-paham la banyak. Kalau dah banyak tu, nak pegi masuk pejabat pos, beratur tunggu turn, memang banyak gakla buang masa kat situ. Tambah-tambah kalau tempat tu parking payah. Satu hal pulak nak kena tunggu. huhu
So untuk info lanjut, korang boleh layari http://poslaju.com.my/ atau http://www.pos.com.my/. Aku try klik nak tengok info lanjut, tapi macam belum ada. Samar-samar. Procedur dia belum clear lagi sebab aku tengok seimbas lalu je. Ternampak masa tengah drive :p
Ni ada sikit berita aku cedok dari Utusan Malaysia.
Oi, lepas ni senang benorr le nak mengepos. Jimat masa, tenaga :p
Nota Kaki: Jangan ingat fast food je ader Drive Thru. Pos Laju pun ader dah tau! :D
Okbai,
AkuSeorangTraveler

Mohd. Khamil Jamil (dua dari kiri) dan Mohd. Shukrie Mohd. Salleh (kiri) menerima bungkusan daripada seorang pelanggan di stesen EziDrive Thru Pos Laju, Bandar Baru Bangi dekat Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menerusi perniagaan kuriernya, Pos Laju melancarkan perkhidmatan terbaharu dengan memperkenalkan stesen pandu lalu dikenali sebagai EziDrive-Thru, yang merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, EziDrive-Thru diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan Pos Laju membuat penghantaran barangan melalui pos tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka.
“Perkhidmatan ini adalah yang pertama diperkenalkan dalam kalangan syarikat kurier di Malaysia, bagi memudahkan orang ramai menggunakan Pos Laju tanpa perlu menghadirkan diri di pejabat atau kaunter Pos Laju.
“Perkhidmatan ini dapat memberi kemudahan kepada usahawan untuk melaksanakan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan lancar tanpa perlu datang ke kaunter Pos Laju.
“Pelanggan boleh menghantar kiriman hanya melalui tingkap kereta dan sekiranya mereka memerlukan bantuan, kakitangan EziDrive-Thru akan membantu memunggah keluar barangan berkenaan,” katanya semasa pelancaran stesen EziDrive-Thru di Pusat Pos Laju (PPL) Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil.
Katanya, Pos Laju bakal melancarkan dua lagi stesen Pos Laju EziDrive-Thru di PPL Putrajaya dan pejabat pos Kelana Jaya pada akhir September dan tujuh lagi cawangan menjelang akhir tahun ini.
“Antara perkhidmatan yang ditawarkan di EziDrive-Thru ialah penghantaran keesokan hari (NDD), penghantaran sama hari (SDD), perkhidmatan waktu berkala (TCS) dan perkhidmatan penghantaran dalam dan luar negara.
“Stesen ini akan dibuka selama enam hari seminggu dan waktu operasi ialah pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam, sementara hari Sabtu, waktu urusan ialah dari pukul 8 pagi hingga 6 petang,” jelasnya.
Oi, lepas ni senang benorr le nak mengepos. Jimat masa, tenaga :p
Nota Kaki: Jangan ingat fast food je ader Drive Thru. Pos Laju pun ader dah tau! :D
Okbai,
AkuSeorangTraveler
Semoga diperbanyakkan lah kaunter drve thru pos laju ini..
ReplyDeleteMudah pantas dan cepat..
mudah2an la. sbb ni senangkan kita jugak kan hehe
DeletePost a Comment