Assalam hi,
Selamat pagi!

Semalam, makan petang di Restoran Kedai Sebelah. Kedai sebelah mana? Kedai Sebelah laaa. Memang nama restoran tu "Kedai Sebelah".

Teringin nak makan, sebab dalam drama "Cinta Si Wedding Planner" ada shoot dekat restoran Kedai Sebelah ni. So, petang semalam sajer melaparkan diri sebab nak lepak makan petang dekat Kedai Sebelah.

Stalk Instagram nyer, macam best. So, pegi...Dalam 6.30 kitorang sampai dekat restoran ni. Masa tu, orang macam takde. Kosong, ade 2-3 orang jer.

Err, kenapa takde orang. Tak sedap ke? Haha. Dah niat nak cuba, then tengok dia punya hiasan dalam kedai, memang cool. Hipster, eh?

Jom masuk!





1st time masuk, biasala mula-mula cari tempat sesuai nak makan. Unik. kerusi lama, meja lama :D Dalam belas-belas minit jugakla aku duduk, konon nak tunggu waiter/waiteress datang amik order. Tunggu, tak jugak sesaper datang. Aku tanya kawan aku, err layan diri ke ape ni? 

Haa, maklumla baru 1st time masuk. So tak tahu. Ade pekerja lalu lalang pun, diorang buat tak tahu jugak. Lalu je, pandang. Tapi tak cakap apa-apa. Mata ni mula la, tengok sana sini, tetiba ternampak tulisan kecik dekat kaunter, Order Here. 

Laaa, kena datang kaunter order. Jom-jom!


Menu pun agak unik, western, masakan melayu, aiskrim, sandwich dsb. So kami order,

1x Mee Kari RM6
1x Nasi Goreng Embah Special RM8.50
1x Air Kosong RM0.10
1x Iced Choc RM6
1x Mocha RM6.50
1x Kentang Goreng RM4

Total, RM31.10

Not bad. Agak murah jugak, takdela mahal sangat.

Mee Kari dia, sedap, pekat cuma tak bape pedas. Nasi Goreng Embah, ada ayam goreng, telur mata, keropok dsb sedap jugak. Pedas. Tapi tak pernah rasa sebelum ni. Nasi Embah, memang tak pernah dengar. Nasi Ambeng pernah laa. :p Mungkin Nasi Embah ni dari Indo jugak kot.

Iced choc dia, woooo pekat. Sedap! Same la dengan mocha. Ummmph! 

Kentang goreng, macam biasa takde special. Macam kentang aku goreng kat umah jer rasa dia. :)

Nahh, ni diaaa...



Berbuih Mocha dengan Iced Choc dia....


Mee Kari, pekat tapi tak pedas.


Nasi Goreng Embah Special


Kentang Goreng.

So, kepada saper teringin nak lepak sini, korang boleh waze ikut alamat kat bawah ni;


Alamat: 02, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, PJ Selangor.
Waktu Urusan: 9.30pg-12pg, Sabtu tutup.
Fon: +601123181463

Cuma satu je aku tak suka konsep kedai ni, orang baru datang terpinga-pinga tunggu order. Waiter/waitress dan yang lain-lain, nampak client terpinga-pinga tak pun dorang bagitahu kena order di kaunter. Aku mula-mula masuk pun terpinga-pinga. Nasib mata ni tajam. Ternampak tulisan Order Here, kecik je dekat kaunter. huhu.

Ade client yang baru datang lepas aku, diorang pun tertunggu dan terpinga-pinga. Sampai aku kesian, aku bagitahu dia dengan bahasa isyarat dari jauh, order dikaunter. Nasib baik dia paham mulut aku hahaha.

Ada lagi satu plak, group perempuan ramai-ramai masuk, dalam 10 orang ade la jugak kot. Masuk dan duduk, agak2nyer tertunggu, semua pekerja kedai sebelah buat tak tahu je. Dorang pun blah. hahah. Kan rugi. Aku sarankan pada owner Kedai Sebelah supaya, dia letakkan menu siap-siap dimeja, dan letak notis, SILA ORDER KAUNTER. Takdela nextime orang terpinga-pinga menunggu! :p

So lepas ni, sape yang baru 1st time pegi. Nak order korang kena pegi kaunter ek. Menu pun ada dekat kaunter!

Okbai,
AkuSeorangTraveler

4 Comments

  1. Masih ada kedai makan yang caj air kosong 10 sen. susah nak cari dah bhai..bagus!!banyak tempat nak date boleh cari kat blog nih.

    ReplyDelete
  2. Masih ada kedai makan yang caj air kosong 10 sen. susah nak cari dah bhai..bagus!!banyak tempat nak date boleh cari kat blog nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la seposen jerr..! tp lagi bagus yang free air kosong. Best! :D

      Delete
  3. Nama dah unik.. Tapi perangai staf fail.. Patutnya mentionlah dekat pelanggan, order dekat kaunter.. Ini dibiar je pelanggan terpinga-pinga.. Kalau saya pun, saya blah je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post