Assalam,

Kejap je masa berlalu. Rasanya baru lagi hiking Pine Tree Hill ni, bulan 10 2014 tahun lepas. Then ni dah nak masuk bulan 9 2015, next month bulan 10. 

Oh, dah setahun :D

Sape pernah ke Pine Tree? Saje hiking hirup udara sejuk segar dekat sana. Seronok jugak sekali sekala masuk hutan, tapi apa-apa risiko tanggung sendiri.

Hiking dengan team itu penting, jangan sesekali solo hiking walau ada orang pernah buat, itu memang hati kental :D

Perjalanan dari KL ke Pine Tree, Bukit Fraser mengambil masa lebih kurang 1-2jam. Laluan ikut KKB (Kuala Kubu Baru, dan lalu Waterfall ..... jap lupa namanya. 

Ahh, Sungai Chiling! :) *boleh singgah

Nak kesana takde public transport. So, car pool dengan kengkawan.

Bertolak dari KL dalam jam 7pg. Akibat tunggu kengkawan. Kalau dah ramai-ramai, plan dari sebelum subuh, selepas subuh la bertolak jawabnya. Tolak yang sesat bagai. So sampai sana lebih kurang jam 9pg.

Dah sampai, depan pintu masuk. Tolak bersiap segala tongkat (hiking pole) etc, 9.30pg. Agak lewat. So terus masuk ramai-ramai.

Mula-mula, trek agak landai dan menurun. Tangga pun agak banyak.

Dok terpikir, habis la masa nak balik nanti, cungap naik tangga haha!

Sebelum sampai ke puncak tipu dalam jam 1ptg+. Ade laluan trek yang agak mencanak, hampir 90 darjah. Part ni paling malas. Tapi, naik gunung ni kan kena pikir +ve, mental fizikal kena kuat. So, usaha sampai berjaya naik atas.

Alhamdulillah berjaya naik. So pikir nak turun lak nanti macamane haha!

Ingatkan lepas trek canak tadi, dah sampai puncak la. Tapi rupanya ada lagi lebih kurang sejam+ nak sampai puncak betul.

Memang menipu betul puncak tadi.

Lepas lepak-lepak kat puncak tipu. Kami teruskan perjalanan ke puncak yang real. Trek dia tak la sesusah Gunung Rajah. Okla, medium level. Alhamdulillah sampai puncak dalam jam 2ptg+

Masa naik tu, puncak dia tak la lawa macam view Gunung Rajah, Gunung Kinabalu. Mungkin berkabus kot time aku naik tu. So nampak kabus jela keliling.

Dok melepak dekat atas tu pun tak lama, sebab hujan.

Alhamdulillah selamat keluar dari Pine Tree dalam jam 7ptg. Oh dah gelap. Turun agak lama sikit amik masa, sebabnya kita ni kalau berjalan dalam hutan, kena tunggu la sape-sape yang patut.

Tak baik tinggalkan kawan dalam hutan semata nak kejar time, catat rekod laju. Konon! :D

Ni sikit gambar yang aku nak share, trek Pine Tree Hill, Bukit Fraser.




Trek canak hampir 90 darjah.




Bergambar wajib, walau dalam hutan je pun :p


Lepak kat Puncak Tipu.


Kalau yang perempuan, dah masuk hutan muka kena tunjuk ganas OK! haha


View dekat puncak yang menipu tadi :p


Perjalanan ke puncak, nampak tak berkabus :D


Dah sampai puncak, makan maggi ramai-ramai



Dibelakang tu kabus, bukan asap ye, peace!

So sape yang nak merasa hiking Pine Tree, aku nak review sikit pasal Pine Tree;

  • Pine Tree Hill, terletak di Bukit Fraser atau Fraser's Hill, Pahang
  • Ketinggian bukit ni, 1,500 meter dah macam ketinggian gunung walau panggil bukit je
  • Trek medium, dan part paling mencabar trek sebelum sampai puncak tipu. Mecanak hampir 90 darjah. Tangan kaki kena kuat :) Tapi jangan risau semua orang boleh! :D
  • Tiada tiket. Main terjah je
  • Tiada public transport, so car pool je
  • Pergi jangan time hujan, sebab dekat sana kalau time hujan banyak pokok-pokok besar tumbang. Kitorang pegi time hujan la, tu pun makcik situ tegur kenapa naik time hujan. Banyak pokok besar tumbang. Masa tu baru tahu huhu
  • Cuaca sejuk, nyaman :D
  • Singgah website ni ye Fraser's Hill info
Okla tu je!

Nota Kaki: Nak hiking, macam biasa peralatan penting mesti kena bawak!

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

4 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post